Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan memastikan hak tahanan ISA terbela walaupun ia sekadar dakwaan.
“Di Kamunting itu sendiri terdapat institusi rawatan. Mereka (tahanan) tidak dihalang bagi mendapatkan hak untuk rawatan.
“Kita lihat keadaan itu dahulu dan siasatan akan dilakukan terhadap dakwaan tersebut,” katanya pada sidang media di Balai Polis Puchong Jaya, hari ini.
Baru-baru ini, dua isteri kepada tahanan ISA mendakwa suami mereka didera dan tidak mendapat rawatan.
Masing-masing mendakwa, suami mereka cedera selepas dipukul, ditumbuk dan ditendang oleh petugas kem.
Mereka juga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menggesa polis melakukan siasatan.
Baru-baru ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menggesa kerajaan membebaskan baki 45 tahanan ISA.
Bebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan sempena Hari Malaysia 2011, mengumumkan pemansuhan Akta ISA 1960, serta menamatkan tiga proklamasi darurat bagi membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang lebih dinamik.
Pada 17 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) bagi menggantikan ISA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan