Khamis, 19 Julai 2012

PKR akan minta Latheefa Koya tarik semula surat perletakan jawatan, kata Xavier

TERKINI

Dr Xavier Jayakumar. – Gambar fail oleh Choo Choy May
SHAH ALAM— Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi PKR Selangor akan meminta bekas ahli majlis MBPJ, Latheefa Koya, untuk menarik kembali surat perletakan jawatannya, kata Ahli Exco kerajaan negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar.
 Dr Xavier, yang juga merupakan pimpinan MPN, berkata, surat akan dihantar kepada Latheefa untuk meminta peguam itu menarik semula surat perletakan jawatannya.

“Kes Latheefa Koya kita akan refer (rujuk) kepada MPN,” kata Xavier kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

“MPN akan menghubungi Latheefa untuk minta beliau tarik balik surat perletakan jawatan dialah.”

Latheefa, yang dihubungi sebentar tadi, enggan mengulas kenyataan ahli Exco kerajaan negeri Selangor itu.

“Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen lagi mengenai isu ini, terima kasih kerana menghubungi,” kata beliau dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider.

Peguam lantang PKR itu Isnin lalu meletakkan jawatan sebagai ahli majlis dan Ketua Whip bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Latheefa sebelum ini adalah anggota Parti Rakyat Malaysia (PRM) dibawah pimpinan Dr Syed Husin Ali.

Beliau bersama PKR selepas penggabungan kedua-dua parti Parti Keadilan Nasional (PKN) dan PRM pada awal tahun 2000.

Tiada ulasan: