Peniaga India: Barang luar kuasai semua
Bukan sahaja produk, warga asing juga menguasai lot-lot niaga yang sepatutnya dimiliki rakyat tempatan.
PETALING JAYA: Peniaga tempatan bukan sahaja menghadapi kemasukan barangan murah negara luar tetapi penguasaan lot-lot niaga hingga menjejaskan hak rakyat tempatan.
“Orang asing yang bekerja di negara ini semakin ramai yang membuka kedai secara kecil-kecilan untuk orang mereka.
“Warga tempatan susah hendak berniaga kerana kawasan perniagaan sudah dibolot warga asing. Ini tidak dikira lagi yang menjual dari pintu ke pintu,” kata Presiden Persatuan Peniaga India Malaysia, P Sivakumar.
Menurut Sivakumar lagi, barangan luar termasuk dari China memang murah tetapi tidak ada kualiti, namun laku di kalangan warga asing yang bekerja di negara ini.
“Barang-barang ini banyak dijual di pasar malam,” tambahnya.
Peniaga kecil India, kata Sivakumar pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tetapi tidak ada tindakan.
“Orang kerajaan tidak dengar aduan…sepatutnya mereka melindungi peniaga tempatan. Kita kena kawal hal ini.
“Penguatkuasaan pula tidak menyeluruh,” kata Sivakumar lagi.
Turut baca:
Mampukah produk M’sia bersaing dengan China?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan