Khamis, 5 Julai 2012

Pengundi berhijrah dari politik perkauman, kata penganalisis

Gambar fail Tun Dr. Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR — Walaupun politik perkauman masih lagi menjadi sebahagian daripada lanskap politik Malaysia, pengundi telah menjadi semakin matang dan mula mengundi diluar garis etnik dan identiti, kata penganalisis politik.

Ini adalah respon kepada kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan mengenai trend pengundian berasaskan etnik yang akan berleluasa pada PRU 13 akan datang.

"Bukan isu perkauman tetapi isu seperti ekonomi, keadilan, media alternatif, rasuah dan anak muda, kata Datuk Dr. Mohammad  Agus Yusof.

Merujuk kepada isu universal yang melangkaui batas etnik, Agus berkata kedua-dua pihak akan menghadapi cabaran dalam memenangi sokongan daripada pengundi Malaysia.

Faisal Hazis, ahli sains politik dari Unimas, berkata "politik perkauman telah lama wujud di Malaysia" dan ini adalah berpunca daripada "jenis polisi yang diamalkan oleh parti pemerintah".

"Politik perkauman ditinggalkan secara perlahan-lahan." kata Faizal dengan menambah "kemunculan politik baru yang bersifat pelbagai etnik" sepanjang dekad lalu dan bersetuju bahawa masyarakat sekarang membincangkan lebih banyak isu berbanding isu etnik.

Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS juga berkata:"Masyarakat sedang mencuba memikirkan siapa yang akan diundi, dalam proses membuat keputusan, mereka akan melihat isu berbanding identiti etnik."

Walaubagaimanapun, beliau sedar tentang "semuanya berdasarkan perkauman. Pada saya, apa yang bakal jadi semasa mejelang pilihan raya adalah semua parti politik yang berasaskan perkauman akan memastikan semua isu bertukar jadi isu berlandaskan etnik".

"Satu-satunya cara mereka wujud adalah berdasarkan pada perjuangan isu berkaitan dengan etnik, ini adalah apa yang mereka lakukan".

Wan Saiful berkara, "wujudnya retorik tentang perlunya polisi pelbagai etnik" dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat tetapi mereka masih gagal untuk mempraktikkan secara realiti.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggagaskan polisi "1 Malaysia" untuk mengubah imej BN sebagai satu gabungan parti-parti berasaskan etnik, di mana Umno, MIC dan MCA adalah parti tunggak.

Pentadbiran Najib sudah membayangkan beberapa pelan yang akan memberikan manfaat kepada orang ramai tanpa mengira etnik, seperti voucer pelajar dan pemberian RM500 kepada rakyat yang berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Ketiga-tiga parti pembangkang - DAP, PAS dan PKR - berusaha keras untuk menunjukkan pendirian yang pelbagai kaum.

Wan Saiful kata semua parti politik "haruslah fokus kepada polisi untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya daripada sekadar berlandaskan kumpulan etnik".

Dr. Mahathir pada awal minggu ini telah mengatakan BN berada dalam keadaan yang lemah setelah kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya MAc 2008 yang telah memaksa BN untuk memenuhi kehendak semua etnik.

"Dalam negara ini, sentimen perkauman semakin bertambah berbanding dahulu. Etnik akan menjadi isu paling utama dalam pilihan raya yang bakal datang. Siapa yang memberi apa, siapa yang dapat apa, kesemuanya akan berdasarkan perkauman. Apabila kerajaan menjadi lemah, ia akan memenuhi kehendak permintaan yang tidak akan membawakan manfaat kepada masyarakat dalam jangka masa panjang", kata beliau.

Pada bulan Mac yang lalu, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berkata: "Kita selalu mementingkan soal etnik. Sebab wujudnya kecenderungan parti-parti tertentu untuk mempergunakan isu-isu seperti ini sebagai satu cara untuk meraih sokongan kepada mereka tetapi ini telah menimbulkan masalah kepada kita".

Tiada ulasan: