Rabu, 4 Julai 2012

Pasar malam pelbagai kaum terpanjang di Malaysia hasil usaha DAP

 Roketkini.com


Wawancara Roketkini bersama Fariz Abdullah, Setiausaha Kehormat Majlis Perwakilan Penduduk Zon 21 dan Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja Setia Alam, Selangor.

 


Boleh saudara perkenalkan diri saudara?

Nama saya Fariz Abdullah. Saya merupakan Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja Setia Alam. Dalam parti saya merupakan Naib Pengerusi DAP cawangan Setia Alam.

Bagaimana timbulnya idea untuk memberi peluang perniagaan kepada masyarakat berniaga?

Saya menyertai DAP apabila saya berpindah ke Setia Alam dan diperkenalkan kepada Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Ang Leng Kiat. Idea ini sendiri dari saudara Ang. Dia kata macam mana kalau kita naikkan tempat ini. Sebab dulu masa dia berpindah ke sini (Setia Alam) tempat ini sunyi, lagi pun kawasan ini kawasan perumahan baru. Memang sunyi, cuma ada kedai saja.

Jadi, saudara Ang mencadangkan bagaimana kalau kita mulakan sesuatu seperti pasar malam. Jadi kita mulakan dengan kecil-kecilan. Permulaannya saya boleh kata kita berhadapan dengan banyak cabaran terutamanya dari luar seperti ada orang yang bagi masalah. Tetapi semuanya dapat diselesaikan. Dalam dua tahun kebelakangan ini, kita bergerak agak pantas dalam satu pasukan.

Sejujurnya saya katakan seperti tadi memang banyak cabaran dan perlahan-lahan kita bangun. Dan tahun lepas kita berjaya mencatatkan rekod sebagai Pasar Malam Terpanjang di Malaysia dalam Malaysia Book of Record dengan mencatatkan 2.4 km panjang dan memulakan operasi seawal 4.30 petang hingga 10.30 malam. Kita memang bangga. Bangga sebagai penduduk, bangga sebagai ahli parti, kerana pasar Malam ini berjaya samada kepada peniaga mahu pun masyarakat sekitar.

Kita pegang kepada tiga prinsip utama, iaitu keselamatan, peningkatan sosio-ekonomi dan pendidikan. Ini adalah tiga garis panduan yang ditekankan oleh pencetus idea pasar malam ini saudara Ang sendiri.



Dari sudut keselamatan kita ada 10 anggota Rela yang jaga, sosio-ekonomi pula kita bawa ramai peniaga di sini terutama dari kalangan peniaga di sekitar kawasan kita ini, dalam konteks pendidikan, kita memberi penekanan kepada masyarakat bagaimana untuk melakukan perniagaan yang beretika, bagaimana untuk pastikan petak niaga mereka bersih, kita sedarkan peniaga bagaimana dengan menjalankan perniagaan yang beretika dan bersih akan meningkatkan pulangan pendapatan.

Rancangan yang kita nak buat ialah, dana yang kita kumpul melalui tiket sewaan kepada peniaga kita akan pulangkan kembali kepada penjaja dalam bentuk dana pendidikan. Kita kutip satu petak RM4 sahaja dari penjaja. Buat masa ini semua petak kita penuh dan kita mempunyai ramai lagi senarai nama penjaja yang sedang menunggu untuk menyertai pasar malam di sini.

Puasa semakin hampir, bagaimana masa bulan Ramadhan nanti?

Ya. Kita akan anjurkan juga bazar Ramadhan. Peringkat permulaan rancangan kita, kita akan sediakan 40 petak. Masa bulan puasa, pasar malam ini tetap beroperasi seperti biasa.

Berapa ramai jumlah penjaja di sini?

Setakat ini kita ada sekitar 900 hingga 1000 petak dan mempunyai sekitar 700 hingga 800 peniaga. Buat masa ini sambutan yang diberikan penjaja sangat baik. Kita ada dalam 35 peratus penjaja Melayu, 60 peratus penjaja Cina dan 5 peratus penjaja India.

 

Untuk jadikan pasar malam ini lebih unik dan berkembang, apa rancangan persatuan untuk tahun-tahun yang mendatang?

Kita dalam proses untuk ISO. Jadi ini akan jadi pasar malam pertama di Malaysia yang ada ISO. Kita ada sistem. Latar belakang saya adalah konsultan pengurusan. Buat masa ini kita kena tegas dan pastikan kita punya sistem yang baik. Kita juga tak mahu wujud monkey business. Tak ada lesen tak boleh masuk berniaga. Kena jaga kebersihan, pakai topi dan apron kalau jual makanan di sini.

Datuk Bandar juga sangat gembira dengan kita. Kita nak jadikan ini semua sebagai model. InsyaAllah, pasar malam ini akan menjadi ukuran bagi pasar malam lain untuk dicontohi.

Makanan di sini halal?

Kita tak benarkan penjaja di sini menjual babi. Buat masa ini kita sedang cuba dapatkan mereka yang boleh jual makanan dari Sabah dan Sarawak. Termasuk makanan masyarakat peribumi. Kalau ada kawan boleh jemput mereka untuk jual. Jadi bila semua ini ada ia menggambarkan imej Malaysia dan boleh tari ramai pelancong.

Saya juga sedang cuba bincangkan dengan agensi pelancongan untuk membawa pelancong datang. Bila pelancong datang, kita akan pergi ke peringkat yang lain macam Petaling Street. Tetapi kita akan pastikan peniaga kita juga seratus peratus orang Malaysia dan dari Selangor sahaja. Tak macam sesetengah tempat yang lain.

Kita dapat sokongan padu terutamanya dari kalangan penjaja. MBSA juga sangat-sangat menyokong kita, terutamanya melibatkan perlesenan, permohonan dan sebagainya, MBSA memang sangat membantu.

 

Jika berlaku perubahan kerajaan di Selangor?

Seperti yang saya katakan tadi, kita tidak mahu mempolitikkan pasar malam ini. Lagi pun para penjaja tahu yang pasar malam ini diusahakan oleh DAP. Sebab itu kita ada persatuan penjaja yang akan menjaga dan membela nasib penjaja. – Roketkini.com

Tiada ulasan: