Jumaat, 13 Julai 2012

Pas tampil 60 peratus muka baru bertanding PRU13

SINAR HARIAN

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
KUALA LUMPUR - PAS akan menampilkan sekurang-kurangnya 60 peratus muka baru sebagai calon parti untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
  
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata 60 peratus muka baru itu kesemuanya terdiri daripada Pemuda dan Muslimat parti.
  
"Muka-muka baru ini adalah 40 peratus dari kalangan Pemuda dan 20 peratus Muslimat. Bagaimanapun, keputusan muktamad siapa calon-calonnya untuk bertanding masih belum dapat disahkan.
  
"Senarai kesemua calon parti sudahpun diteliti oleh Majlis Syura dan sekarang ia berada di peringkat parti untuk kita teliti siapa yang akan dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
  
Beliau berkata PAS hanya akan mengumumkan senarai calon parti selepas Parlimen dibubarkan.

Ditanya mengenai jumlah kerusi Parlimen yang disasarkan PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti, Tuan Ibrahim berkata parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya akan bertanding 70 kerusi Parlimen berbanding 60 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.
  
"Bagaimanapun, jumlah kerusi ini masih belum dimuktamadkan dan kita masih lagi dalam proses perbincangan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.
  
Pada 1 Julai lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor berkata parti itu berhasrat untuk bertanding 88 kerusi Parlimen pada PRU-13. - Bernama

Tiada ulasan: