Sabtu, 21 Julai 2012

PAS Sabah alu-alukan Lajim

David Thien


 
PAS Sabah mengalu-alukan anggota parlimen Beaufort daripada BN Lajim Ukin untuk menyertai parti Islam itu bagi meneruskan perjuangan politiknya dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda PAS Saba Lahirul Latigu berkata, mereka sentiasa bersedia menimbangkan kemasukan ahli politik lain dan ketua masyarakat tidak kira kedudukan dan latar belakang.

"PAS melalui banyak pengamalan dengan kumpulan profesional seperti doktor, peguam dan orang ramai yang menyertainya. Kita tidak pernah menyekat kemasukan sesiapa pun ke dalam parti," katanya.

PAS sebagai anggota Pakatan paling lemah di Sabah dilihat mampu menawarkan kedudukan terbaik untuk Lajim.

Lakim di labuan baru-baru ini berkata beliau bersedia dipecat oleh Umno dan akan mempertimbangkan pandangan pengikutnya supaya menyertai parti pembangkang.

4 ulasan:

mantera berkata...

PAS pun berminat jg dgn Lajim. parti lain seprti SAPP, DAP, Star dan PKR pun berminat dgn Lajim.

Unknown berkata...

Memang parti2 pembangkang ni kekurangan pemimpin. semuanya mau berebut2 dengan Lajim.

Unknown berkata...

Wilfred Bumburing tidak keluar dari UPKO tetapi beliau menyertai Amanah pada satu masa yang sama. Mungkin Lajim pun boleh memilih begitu..

Hamdan Hadillah berkata...

Tidak hairan ramai yang inginkan Datuk Lajim. Ini kerana kita sedia maklum yang mana Datuk Lajim adalah antara pemimpin yang berpengaruh di Sabah.