Khamis, 19 Julai 2012

Nik Nazmi wakili KEADILAN jumpa SPR

KEADILAN DAILY

PUTRAJAYA : Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia mewakili pimpinan KEADILAN bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.

Pimpinan PAS juga hadir pada pertemuan yang diramalkan terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13). Turut serta pemimpin Barisan Nasional (BN).

Setiap parti disediakan 10 kerusi, namun tidak semua menghantar wakil penuh.

Sesi taklimat ini, pertama kali diadakan dengan menggabungkan semua parti politik di Semenanjung.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menyampaikan ucaputama manakala Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberikan taklimat kepada semua wakil parti politik yang hadir.

Dalam pertemuan ini, SPR menunjukkan cara-cara bagaimana dakwat kekal digunakan semasa PRU nanti.

Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihan raya.

Mereka juga menuntut daftar pemilih dibersihkan, namun sehingga kini ia terus menjadi isu besar khasnya di Selangor.

Peningkatan mendadak berlaku dalam senarai pemilih di Selangor.

Angka terkini jumlah pengundi berdaftar berjumlah 12,912,045 juta di seluruh negara.

Spekulasi tarikh pilihan raya yang terdekat adalah September ini iaitu sebaik sahaja selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sebelum musim Haji bermula.

Sebelum ini, banyak pihak mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh lebih awal seperti yang diamalkan kebanyakan negara demokrasi lain.

Di negara-negara serantau seperti Myanmar, Filipina dan Indonesia, mereka menetapkan tarikh lebih awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum pilihan raya berlangsung.

Berbeza di Malaysia, setelah Umno BN selesai mengatur penipuan, menaburkan rasuah kepada pengundi, isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan dan fitnah disebarkan, barulah tarikh pilihan raya diumumkan.

Tiada ulasan: