Khamis, 19 Julai 2012

Nik Aziz syukur pihak pernah tentang sudah mula terima hudud

Wartawan Sinar Harian

 Nik Aziz sedia muzakarah dengan Umno
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana pihak yang pernah menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima pelaksanaan hukum hudud.

Malah kata beliau, ia dicadangkan diadakan di sebuah negeri yang diperintah penentang hukum itu selama ini.

"Cuma bezanya, hukuman itu juga dicadangkan agar dikenakan juga ke atas orang bukan Islam yang menyebabkan mereka kata 'sudah hilang akal'

"Tak apalah kaedah manapun, tapi yang penting mereka sedar hanya hukuman Islam dapat selamat manusia," kata beliau Ihya Ramadan Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Dipetik Harakah Daily, johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, Muhammad Anuar Ghazali dari Kelantan menerima ganjaran sebuah banglo daripada kerajaan negeri.

Replika hadiah rumah itu disampaikan oleh Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas.

Anuar johan tilawah quran tahun ini merupakan anak jati negeri ketiga menerima  sumbangan hadiah rumah dari kerajaan negeri.

Sebelum ini pelajar cemerlng Nik Nur Madihah dan pemain bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat menerima sumbangan yang sama daripada kerajaan negeri.

Tiada ulasan: