KUALA LUMPUR — NGO menyambut baik langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundang pemerhati asing bagi menyaksikan perjalanan proses pilihan raya umum ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) memberitahu SPR akan mengundang pemerhati asing pada pilihan raya umum ke 13.
Yayasan Asia – NGO antarabangsa dari Amerika Syarikat yang mempunyai pejabat di beberapa negara strategik di Asia termasuk Malaysia – memuji langkah SPR kerana beranggapan kehadiran pemerhati antarabangsa mampu menambahkan kredibiliti pilihan raya di Malaysia.
“Pemerhati asing tidak mempunyai kepentingan dalam pilihan raya Malaysia. Mereka tidak boleh mengundi dan benar-benar bebas dan independen.
“Membenarkan kemasukan pemerhati asing bagi menyaksikan pilihan raya di Malaysia, SPR mampu menambahkan keyakinan rakyat dan meningkatkan kredibiliti pilihan raya” kata timbalan pengarah Yayasan Asia, Herizal Hazri.
Menurut Herizal lagi, kehadiran pemerhati asing boleh menambahkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap demokrasi Malaysia dan mampu menarik minat lebih ramai lagi pelabur asing untuk membuat pelaburan.
“Dengan kehadiran pemerhati asing, rakyat akan lebih yakin dengan keputusan pilihan raya. Ini mampu memberikan kestabilan politk kepada negara.
“Kemasukkan pemerhati asing untuk melihat dengan lebih dekat tentang bagaimana Malaysia menjalankan pilihan raya. Ini mampu membunuh persepsi negatif mengenai proses pilihan raya di Malaysia sekaligus memberikan keyakinan kepada pelabur asing.”
Sementara itu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) turut menerima baik langkah SPR ini. Akan tetapi, Bersih 2.0 mahu SPR mengundang kumpulan-kumpulan lain seperti Sekretariat Komanwel dan Kesatuan Eropah.
“Walaupun pemerhati asing dari Asean itu baik, terdapat juga pertubuhan yang boleh dilibatkan dan telah biasa menjadi pemerhati asing dalam banyak pilihan raya antarabangsa seperti Sekretariat Komenwel dan Kesatuan Eropah.
“Kami berharap tidak banyak halangan dikenakan terhadap pemerhati asing yang diundang. Jika banyak halangan seperti tidak boleh beri kenyataan media, lebih baik kita tidak perlu undang mereka,” kata pengarah eksekutif Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Mafrel yang digugurkan akreditasinya sebagai pemerhati pilihan raya tempatan menyambut baik langkah SPR undang pemerhati antarabangsa.
“Kita dari awal dulu lagi bersetuju terhadap cadangan ini dan kita berharap pemerhati ini perlu ada ruang untuk membuat permerhatian. Kita mahu sekiranya ada benda yang baik, pemerhati asing boleh belajar, kita harus bersikap terbuka terhadap mereka untuk negara dan SPR,” kata pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim.
Pilihan raya ke 13 akan membuka lembaran sejarah baru dalam pilihan raya Malaysia kerana buat pertama kalinya Malaysia membenarkan kehadiran pemerhati asing.
Di negara-negara Asean lain seperti Filipina, Thailand dan Indonesia, kehadiran pemerhati asing adalah perkara biasa dalam pilihan raya mereka.
Akan tetapi, pemerhati asing yang diberi akreditasi, harus memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh suruhan raya pilihan raya di negara-negara tersebut sebelum dibenarkan masuk ke negara mereka.
7 ulasan:
pemerhati asing akan menilai sistem Pilihanraya negara ktia dgn adil. ia bolej dilakukan.
MACC has been urged to look into abuse of power
Speculations Many are expected to be in for a surprise as the Selangor administration is yet again faced with allegation of corruption following the recent abuse of power allegations leveled against Khalid's political secretary Faekah Husin
Macam mana nak pastikan pemerhati asing ni berintegriti tinggi?
SPR perlu tahu akan tanggungjawab mereka sebenar. Harap pemerhati ini akan dapat membantu dan menilai sendiri mengenai dakwaan yang dibuat oleh para pembangkang.
Mungkin boleh dipertimbangkan cadangan ni. kalau benar2 mau jemput pemerhati asing pastikan sudah bersiap sedia dari sekarang.
saya harap cadangan ini benar2 dapat dilaksanakan.. selepas ini tidak ada alasan lagi untuk pembangkang mempertikaikan keputusan pilihanraya dan tidak ada lagi perhimpunan Bersih selepas ini..
Catat Ulasan