Selasa, 3 Julai 2012

MB Selangor dedah laporan kewangan Unisel Ogos

KEADILAN DAILY




SHAH ALAM  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan Universiti Selangor (Unisel) akan dibentang awal Ogos depan sebaik audit selesai dijalankan.

Menurut beliau, kerajaan negeri sedang menunggu laporan berkenaan yang kini dalam proses akhir audit.

“Amat malang kerana kedudukan kewangan Unisel lima tahun lalu tidak diaudit sepenuhnya. Sebab itulah saya minta ia diaudit penuh,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet Selangor 2013 di Subang Jaya semalam.

Kenyataan itu sekaligus membuktikan Khalid sedia menyahut cabaran Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mahu pendedahan itu dilakukan bagi membuktikan Unisel tidak menanggung kerugian besar.

Kelmarin, Noh dilapor berkata, Unisel bakal menjadi gajah putih angkara kerakusan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) mempolitikkan pendidikan dan menjadikan universiti itu sebagai alat politik mereka.

Sebaliknya, pentadbiran Umno di Selangor sebelum 2008 menyebabkan Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kusi) menjadi beban kewangan buat kerajaan negeri dengan belanja bulanan sebanyak RM2.3 juta.

Ini kerana, Unisel dibina berdasarkan konsep 態uild Operate Transfer?(BOT) dengan kontrak selama 20 tahun menyebabkan ia terpaksa membayar sewa bulanan sebanyak RM300,000 sebulan.

Malah, Unisel turut membayar sebanyak RM2 juta sebulan untuk satu pinjaman yang dibuat beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 berlangsung.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Affandi Malik, April lalu.

Affandi mendakwa, kontrak membina Unisel yang dimeterai sewaktu BN mentadbir Selangor diberi kepada Jana Niaga Sdn Bhd, sebuah syarikat milik keluarga dan kroni Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Malah, bangunan yang dibina juga tidak sempurna mengakibatkan universiti sendiri terpaksa berbelanja ratusan ribu ringgit untuk pembaikan, katanya.

Bangunan asrama Unisel juga hanya menerima sijil selamat diduduki (CF) selepas Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, katanya.

Beliau yang juga mantan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar Unisel sesi 2008-2009 turut mendedahkan bahawa Unisel membuat pinjaman sebanyak RM150 juta sebelum PRU 12 pada 2008.

Bagaimanapun, Khir yang merupakan mantan Menteri Besar menafikan Selangor semasa di bawah BN tidak menghadapi masalah kerana universiti itu mendapat sumber kewangan sendiri.

Tiada ulasan: