Selasa, 3 Julai 2012

KEADILAN lancar Sismep ke negeri Perdana Menteri

KEADILAN DAILY

KUANTAN : Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat KEADILAN melancarkan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) 3.0 di Pahang.



Pelancaran pada Khamis lalu itu dirasmikan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Azmin Ali dan disertai Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Azmin turut menyerahkan bahan kempen pilihan raya untuk diagihkan kepada jentera pilihan raya di setiap Cabang KEADILAN di Pahang.

Azmin dalam ucapannya menyeru jentera di setiap Cabang meningkatkan gerak kerja dan menggunakan peralatan yang diberi sebaik mungkin.

Sismep 3.0 sudah dilancarkan di seluruh negara bertujuan mengesan daftar pemilih yang sah.
Sistem itu terbukti berkesan dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

Tiada ulasan: