Rabu, 18 Julai 2012

'Kalau bagus sangat, tolong S'gor sedia Kertas Putih'

 
Nigel Aw


 
Jika DAP begitu mahir memulihkan pembelian hutang Talam Corporation oleh kerajaan Selangor, mereka patut membantu menyediakan Kertas Putih berhubung perkara itu yang lama tertangguh dan bukannya terus melontarkan cabaran debat.

NONE"Jika DAP ada semua jawapan, jadi tolong bantu kerajaan Selangor selesaikan Kertas Putih," kata anggota jawatankuasa Pusat MCA Chua Tee Yong dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Chua mengulas kepada cabaran setiausaha publisiti DAP Tony Pua terhadapnya supaya berdebat dalam isu Talam.

Chua berkata, cabaran perdebatan itu tiada kena mengena dengan isu seputar Talam.

"MCA menyoal soalan yang sah dan relevan. Jika mereka tidak gembira, jadi tolonglah kerajaan Pakatan menyelesaikan Kertas Putih supaya kita dapat tahu transaksi terperincinya.

"Ini tidak berkaitan dengan saya atau sesiapa pun untuk menang berdebat," tambah Chua lagi.

Tiada ulasan: