Rabu, 18 Julai 2012

Jenayah menurun, kenapa kita masih rasa takut?

 
Aidila Razak


 
Choh Wah Ye kini tidak lagi berjalan lima minit ke kedai mamak kegemarannya. Jika mahu teh tarik selepas matahari terbenam, beliau akan menggunakan kereta.

"Ia lebih selamat," kata Chih ketika ditemui di rumah di Puchong awal minggu ini.

azlanDalam tempoh lima tahun ini, rumah yang didiaminya selama 17 tahun pernah dipecah masuk, rumah ibunya di Johor Bahru juga menjadi mangsa dua kali dan saudara iparnya di Klang mengalami nasib sama.

"Waktu itu pagi, siang hari. Saudara ipar saya di dalam bilik air sebelum beliau terdengar bunyi bising.

"Dia bukan pintu dan dapati ada orang asing dalam rumah. Dia cepat-cepat tutup pintu bilik dan pencuri itu pergi," katanya.

"Saya bukan istimewa sangat. Setiap orang ada cerita masing-masing. Ini bukan kes terpinggir, bahawa saya alami nasib malang, saya tak berhati-hati, tidak bersiap sedia. Ini bukan isunya. Rumah saya ada alat penggera. Ia dilindungi dengan baik."

Setelah bekerja dan belajar di New York sekitar 1980-an, dengan momokan kadar jenayah yang tinggi di sana, Choh mendakwa beliau lebih berasa selamat di Amerika Syarikat berbanding Malaysia hari ini.

Sebagai lelaki berkeluarga, bapa dua anak itu tidak pernah mengambil risiko dengan pergi ke tempat yang dirasakan tidak selamat.

Bagaimanapun itu berbeza apabila beliau merasakan "mereka sekarang datang kepada kamu".

Sambil berjalan di sekitar kawasan kediaman kelas pertengahan di Bukit Kinrara, beliau menunjukkan deretan rumah yang pernah dipecah masuk.

Jiran-jirannya menjadi mangsa ragut - seorang daripadanya, tambahnya, menderita gegaran otak.

4 ulasan:

mantera berkata...

jenayah berlaku di mana2 saja. dan kita harus bersama2 membanterasnya.

Unknown berkata...

walaupun menurun tapi tidak bermakna merasa lega dan tiada jenayah akan berlaku.

hafinA A berkata...

Penurunan mungkin berlaku. Tapi mungkin masih ada kes yang lain belum selesai. Jadi apa pun teruskan usaha menyelesaikan pelbagai kes jenayah di Negara kita ini.

Kris Jr berkata...

PDRM mengatakan kadar jenayah semakin berkurang