Jumaat, 20 Julai 2012

‘Janji Ditepati’ – Kempen UMNO BN



 

SHAH ALAM : Tema ‘Janji Ditepati’ yang dijadikan tema sambutan kemerdekaan ke 55 tahun ini dianggap tidak wajar kerana membawa pendekatan propoganda politik Umno-BN di saat negara menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Perkara ini dilontarkan oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung tindakan Kerajaan Pemerintah yang menjadikan slogan tersebut sebagai masej politik.

“Sambutan Hari Kemerdekaan adalah untuk semua rakyat Malaysia, malangnya Umno-BN menggunakan ruang ini untuk melaung-laungkan slogan politik mereka,”jelasnya.

Tema ‘Janji Ditepati’ mula diangkat oleh Kerajaan Pusat dalam usaha kempen mereka menerusi program Jelajah pemimpin BN keseluruh negara.

Mengulas lanjut, Charles berkata Kerajaan Pusat seakan terdesak sehingga menggunakan ruang pada Hari Kemerdekaan nanti untuk terus melebarkan kempen mereka.

“Ini akan membangkitkan kemarahan rakyat bagaimana satu parti politik menggunakan propaganda politik mereka sendiri untuk tujuan berkempen.

“Sewajarnya satu tema yang lebih bersikap bebas (politik) untuk diangkat sebagai tema hari Kemerdekaan yang mana ia boleh diterima oleh semua rakyat di negara ini,”ujarnya ketika dihubungi TVSelangor.

Pada penghujung Jun lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatimmengumumkan ‘Janji Ditepati’ sebagai tema Hari Kemerdekaan tahun ini.

Rais ketika itu juga menggesa agar semua pihak mengenepikan perbezaan politik dan menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 nanti.

Tiada ulasan: