"Pemerhati pilihan raya, sama ada daripada luar negara atau domestik, mesti diberikan akses media semasa pilihan raya," kata anggota Parlimen Lembah Pantai itu ketika ditanya berhubung langkah kerajaan membenarkan pemerhati antarabangsa memantau pilihan raya akan datang.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Nurul Izzah berkata, walaupun ia langkah positif, pemerhati luar tidak harus hadir dalam keadaan mulut terkunci.
Beliau mengetengahkan isu pemerhati Kommonwealth di Malaysia pada tahun 1990 yang laporannya tidak diketahui orang awam.
Menurut Nurul Izzah lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu membersihkan daftar pemilih untuk mendapatkan keyakinan orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan