Khamis, 19 Julai 2012

Isu Perlaksanaan Hudud Johor; Umno Memang DiTunggang MCA!

Wartawan Buletin

 MARANG – Tidak seorang pun pemimpin Umno termasuk Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak yang tampil membela ADUN Kemelah, Johor, Datuk Ayub Rahmat apabila beliau di hina oleh pemimpin MCA.

Menurut ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah, Datuk Ayub telah mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Beliau telah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Malangnya, cadangan mahu melaksanakan undang-undang Islam itu telah dihina oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang menggelar Ayub sebagai  sudah hilang akal.

“dia (datuk Ayub) dituduh....dihia oleh pemimpin MCA sebagai hilang akal atau pun gilalah maknanya (tetapi) tidak ada seorang pun pemimpin umno yang (bela) wakil rakyat Umno termasuk Perdana Menteri mempertahankan wakil rakyat Umno,

“biarlah orang hina pun.....maknanya MCA memang sedang menunggang kuda........ Umno memang memang ditunggangi oleh MCA,”tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata demikian dalam Majlis Ceramah Sempena Kemenangan Mesir di perkarangan masjid Rusila pada Selasa 17 Julai.

Beliau menyelar, dalam isu perlaksanaan Hudud yang dibangkitkan oleh wakil rakyat itu membuktikan sebenarnya pemimpin Umno takut kepada MCA.

Menurutnya, ia juga menunjukkan tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP tidak benar sama sekali.

Turut menyampaikan ceramah pada malam itu adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali dan tetamu khas yang mewakili Ikhwanul Muslimin, Sheikh Ismail Hamed Ismail Naseer.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: