Rabu, 18 Julai 2012

Hindraf tuntut Pendidikan Moral tak wajib lulus

 
Abdul Rahim Sabri


 
Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menuntut supaya mata pelajaran Pendidikan Moral tidak lagi menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ia didakwa mendiskriminasi pelajar bukan Islam.

Hindraf mengemukakan tuntutan itu dalam satu memorandum yang turut ditandatangani satu NGO, Morally Upright dan juga beberapa wakil ibu bapa.

NONEDalam memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu, kumpulan itu mendakwa, ketetapan wajib lulus mendiskriminasi pelajar bukan Islam kerana menyukarkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Oleh itu, kumpulan itu mendakwa ketetapan tersebut melanggar Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang melarang diskriminasi terhadap warganegara berdasarkan keturunan dan agama.

Memorandum itu mendakwa kegagalan untuk mendapat A+ dalam mata pelajaran itu menyukarkan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, khususnya untuk mendapatkan biasiswa yang memerlukan kelulusan 9A+.

Kumpulan itu juga mendakwa subjek tersebut hanyalah pelajaran untuk sebagai "mengingati dan meluahkan semula perkataan demi perkataan" terhadap maksud 36 nilai moral dalam sukatan tersebut.

"Dalam definisi, terdapat kata kunci yang mesti digunakan untuk menjawab soalan.

"Kegagalan menggunakan kata kunci untuk menjelaskan nilai moral, bermakna markah kamu akan dipotong," kata memorandum itu lagi yang memetik temubual dengan pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut.

Sehubungan itu, mereka merayu kepada Suhakam untuk mengadakan perbincangan dengan kementerian bagi meneliti aduan yang dikemukakan.

NONEKoordinator Morally Upright, S V Namasoo ketika menyampaikan aduan lisan kepada Suhakam mempersoalkan mengapa pelajar tersebut sukar mendapat A+ untuk Pengajian Moral, walau mampu mendapat A untuk subjek sukar seperti Biologi, Kimia dan Fizik.

Beliau memberi contoh, seramai kira-kira 130 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent gagal mendapat A+ untuk mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan SPM 2011, namun 26 daripada mereka berjaya memperoleh markah itu dalam peperiksaan percubaan.

Beliau memberi contoh, seramai kira-kira 130 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent gagal mendapat A+ untuk mata pelajaran tersebut, namun 26 daripada mereka berjaya memperoleh markah itu dalam peperiksaan percubaan SPM 2011.

Namasoo merupakan salah seorang bapa kepada sembilan pelajar sekolah berkenaan yang mendapat 8A bagi semua mata pelajaran kecuali pengajian moral.

Turut hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut Penyelaras Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datuk Dr Anwar Hassan.

Dr Anwar dalam aduan lisannya mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan kertas pendidikan moral bagi 26 pelajar itu disemak semula oleh pemeriksa bebas yang dilantik oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Penilaian ini dijalankan dengan kehadiran pelajar berkenaan supaya mereka dapat memahami di mana kesilapan mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat memperolehi kelulusan A+.

"Seelok-eloknya penilaian bebas ini dijalankan di Ipoh untuk kemudahan pelajar berkenaan," kata Dr Anwar.

Tiada ulasan: