Aspan Alias
Saham FGV (Felda Global Ventures) ditutup dengan harga RM5.39
semalam. Ini bermakna FGV telah mendapat kenaikan harga sebanyak 84 sen.
Tahniah kepada sesiapa yang mendapat tawaran dengan jumlah yang besar
yang telah dibahagi-bahagikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa
baru-baru ini.
Jika Isa Samad misalnya mendapat 5 juta saham semasa penyenaraiannya maka Isa telah mendapat keuntungan sebanyak RM4 juta jika beliau menjualnya kepada pasaran hari semalam.
Tetapi yang saya hendak bertanya agaknya berapalah peneroka-penoroka dapat hasil dari penjualan 810 unit saham yang diheboh-hebohkan oleh pihak kerajaan itu? Jika mereka menjual saham-saham yang mereka beli melalui pinjaman bank itu, boleh ke tidak peneroka dapat membeli setidak-tidaknya sebuah kereta kancil ‘second hand’
Seperti mana yang kita semua ketahui peneroka telah diperuntukkan sebanyak 810 unit saham sahaja bagi satu keluarga. Kalau dipatah-patahkan jari untuk membuat perkiraan ia bermakna peneroka hanya mendapat RM680 sahaja. Pendeknya peneroka tidaklah mendapat sebanyak mana. Kalau kita dengar publisitinya dahulu seolah peneroka akan menjadi kaya raya setidak-tidaknya dapatlah setengah juta seorang, kerana peneroka telah memerah keringat mereka selama lima dekad lamanya.
Setelah ditolak kos ‘processing’ sebanyak RM200 maka sekeluarga peneroka akan hanya mendapat sebanyak RM480 sahaja. Itu untuk satu keluarga. Kalaulah keluarga peneroka ada seramai 6 orang maka, seorang ahli keluarga mendapat RM48 seorang. RM48 itu jika dibelikan rokok Lucky Strike yang saya hisap itu maka setiap ahli keluarga peneroka dapatlah sebanyak 4 kotak sahaja.
Jika harganya naik sampai RM10 sekali pun sebuah keluarga peneroka hanya mendapat RM8,100 sahaja dan itu belum ditolak kos ‘pemprosesan’ yang dikenakan oleh CIMB misalnya. Dalam isu ini kita nampak peneroka hanya mendapat air tangan sahaja. Yang mendapat keuntungan besar ialah orang-orang kaya dan besar-besar yang tidak pernah menjejak kaki ke tanah rancangan Felda itu.
Setelah bertungkus lumus selama 50 tahun peneroka hanya boleh diibaratkan seperti kerbau yang membajak sawah pagi ke petang, tetapi tikus yang gemuk-gemuk memakan dengan enaknya di kepuk padi. Bagi saya peneroka-peneroka telah dipergunakan oleh pihak yang melakukan penyenaraian itu.
Tetapi apakan daya peneroka begitu terloncat-loncat kegembiraan kerana percaya kepada tindakan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO Baru itu. Dalam isu ini peneroka-peneroka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk membatalkan penyenaraian itu tidak mendapat kerjasama dari peneroka.
Sekarang ada peneroka yang sudah mula merasakan mereka telah dipergunakan oleh pimpinan kita untuk kepentingan saku mereka (pimpinan) sahaja. Bagi kami yang tidak boleh berbuat apa-apa kami hanya boleh berkata di dalam hati kami “padan muka!” sahaja.
Tidak tahu lah berapa lama peneroka sekeluarga boleh bertahan dengan seribu dua hasil dari penyenaraian itu. Mereka sahajalah yang akan merasakannya. Tetapi apa yang mereka akan dapat tahu tidak lama lagi ialah mereka sebenarnya tidak lagi ada kena mengena dengan FGV. KPF tidak mempunya apa-apa saham dalam FGV. KPF hanya mempunya saham dalam ‘special purpose vehicle’ (SPV), Felda Asset Holdings yang mempunyai saham besar di dalam FGV. Dividen dan sebagainya akan diterima oleh Felda Asset Holding sahaja. Lain-lain perkataan peneroka memang sudah terpisah dengan FGV bermula dari sekarang.
In the first place, apa perlunya Felda disenaraikan kalau tidak kerana kepentingan setengah pihak yang berwajib? Selalunya syarikat akan disenaraikan di pasaran saham hanya kerana satu dua sebab sahaja dan Felda tidak mempunyai alasan untuk disenaraikan.
Pertamanya jika seseorang itu telah berjaya membina syarikat peribadi mereka dengan jayanya dan ingin untuk berehat kerana elemen umur dan sebagainya mereka akan senaraikan di pasaran jika telah melepaskan syarat-syarat yang ditetapkan. Empunya syarikat akan menjual setengah dari saham mereka kepada ‘public’ dan mereka akan memberikan pemegang saham yang baru untuk menguruskan syarikat yang telah disenaraikan itu.
Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang baru disenaraikan itu dengan persetujuan mesyuarat agung syarikat untuk melantik ahli-ahli lembaga pengarah serta pengurus-pengurus yang berkelayakan untuk meneruskan perniagaan syarikat tersebut.
Sebab keduanya ialah jika syarikat yang ingin mengembangkan perniagaannya, mengapungkan sahamnya dipasaran merupakan cara yang paling lazim kerana dengan cara itu syarikat akan memperolehi dana awam untuk kegunaan memperkembangkan perniagaan syarikat.
Tetapi dalam kes Felda ini apa perlunya ia disenaraikan kerana Felda yang dikatakan sangat berjaya itu memperolehi perolehan sebanyak RM4 sehingga RM5 billion setahun? Felda tidak perlu mendapatkan dana dari terbitan awam tetapi kenapa ia disenaraikan juga?
Pendeknya penyenaraian Felda ini sebenarnya hanyalah untuk kepentingan pihak lain, bukannya untuk kepentingan peneroka kita…...kadang-kadang sedih juga melihat bagaimana peneroka yang telah berhempas pulas untuk meneroka tanah itu selama lima puluh tahun akhirnya setelah begitu berjaya datanglah pihak lain untuk meraih keuntungan dari penat dan jerih peneroka-peneroka selama lima dekad itu.
Peneroka hanya disogok sebanyak RM15 ribu untuk memudahkan peneroka bersetuju untuk melakukan kerja yang amat menyayat hati kepada siapa yang nampak tujuan tidak molek setengah pihak untuk menyenaraikan saham-saham Felda kepada awam.
Tapi nak kata apa? Pemimpin utama kita lupa pada dasar asal Felda itu ditubuhkan. Nampaknya peneroka sekarang ini dapat untung secupak ruginya segantang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan