Debat Sinar Harian kali ketiga mengupas topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa.
Menurutnya, orang muda pada masa kini lebih ingin mengetahui kebenaran apa yang berlaku, bukan untuk mencari perbalahan atau kemenangan dalam sesuatu isu.
"Siapa juara dalam sesuatu isu bukan perkara utama, apa yang penting adalah penerangan agar semua pihak memahami perkara yang terjadi.
"Umno tidak mahu menjadi seperti Pas yang sering mengaitkan sesuatu isu dengan politik," katanya ketika dihubungi semalam.
Fathul Bari berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah mengenal pasti sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaian, bukan hanya berdiam diri.
Debat Sinar Harian kali ini akan berlangsung pada jam 5 petang di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini.
Seperti dua debat sebelum ini, program kali ini juga atas jemputan, kata Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali.
“Oleh itu, kami berharap mereka yang menerima jemputan akan berada awal pada hari debat akan dilangsungkan,” katanya lagi.
Namun katanya, mereka yang tidak berkesempatan mengikutinya secara langsung boleh menonton rakaman menerusi saluran Astro Awani, Bernama Radio 24 dan mobtv mulai jam 9 malam pada hari debat.
Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.
Mereka yang ingin mengemukakan soalan kepada kedua-dua pendebat itu, boleh menyalurkannya ke akaun https://twitter.com/#!/sinaronline atau http://www.facebook.com/SinarHarian atau e-mel editor.online@sinarharian.com.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan