Bagaimanapun, menariknya, dalam teater terbitan Rumah Anak Teater (Rat) itu, watak yang memerankan Teoh tidak bercakap sepatah pun - kesunyian yang menjadi suaranya sepanjang persembahan 45 minit itu.
Mungkin benarnya kata editor pengurusan RAT Faisal Mustaffa bahawa "orang mati tidak bercerita", maka suara itu disampaikan melalui watak lain.
"Dia bukan Teoh Beng Hock, sebab Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia. Itu bukan dia, itu lelaki daripada taman yang membayangkan (insiden itu)," jelas Faisal.
'Lelaki dari taman' itu membuka pentas, muram di bangku putih selepas dibuang kerja. Orang tidak dikenali, wanita, berjalan masuk dan marah-marah.
"Kamu mungkin dibuang kerja, tetapi kamu masih bernyawa... Orang lain, Teoh Beng Hock sebaliknya hilang dari pangkuan tunang dan anak kecil yang belum lahir," kata wanita kepada lelaki itu - yang kemudiannya tenggelam dalam perwatakan 'Teoh', sekali gus memberikan 'suara' kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan