Selasa, 17 Julai 2012

Bekas CEO Sime Darby didakwa pecah amanah, wang ikat jamin RM200,000

 
 
KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pengarah Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, hari ini didakwa atas dua kesalahan pecah amanah di Mahkamah Seksyen di sini.

Ahmad Zubair (gambar), 55, yang juga merupakan bekas presiden syarikat pautan kerajaan itu juga didakwa telah melakukan pecah amanah di mana beliau telah gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang bagi pengesahan ke atas penganugerahan Tanah Hak Adat Bumiputera (HAB) di bawah Sarawak Expansion Plan yang menyebabkan Sime Darby Berhad kerugian sebanyak RM85,023 juta dan RM16,816 juta.

Dia turut didakwa menipu ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan apabila tidak memaklumkan di mana beliau telah terikat di bawah undang-undang kontrak untuk melindungi lembaga pengarah bahawa kelulusan tanah hak adat bumiputera kepada Sime Darby Berhad telah sebaliknya
menganugerahkan kepada Vertical Drive Sdn Bhd dan Nature Ambience Sdn Bhd dengan pengetahuan bahawa ia boleh mendatangkan kerugian kepada Sime Darby Berhad.

Bagi dakwaan pecah amanah, Ahmad Zubair boleh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara tidak kurang dua tahun, dan tidak melebihi 20 tahun, sebatan, dan denda.

Untuk dakwaan penipuan, beliau boleh dituduh di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

Ahmad Zubir bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh hari ini menetapkan ikat jamin untuk setiap pertuduhan RM100,000 dengan satu penjamin dan tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 2 Oktober depan.

Tiada ulasan: