Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, anggota terbabit yang terjatuh pada ketinggian 120 kaki (40 meter) mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Difahamkan, sebelum kejadian berlaku, anggota berasal dari Sabah itu berada di IPD Sepang untuk menghadiri kursus.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi semasa Konstabel Mohd Urin Subaiton, 27, yang sedang mengikuti kursus motosikal B2 di IPD itu, meminta diri untuk keluar ke tandas.
Beliau berkata, beberapa minit kemudian, beberapa pegawai dan anggota di IPD itu melihat Mohd Urin, yang bertugas di Balai Polis Sungai Buloh, memanjat tangga menara komunikasi setinggi kira-kira 80 meter itu, dan mereka cuba memujuknya supaya turun tetapi gagal.
Zaldino berkata, siasatan awal menunjukkan Mohd Urin tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan disiplin atau masalah peribadi, namun dia dipercayai mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, Allahyarham yang mengalami kecederaan di bahagian kepala serta kaki, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan