Isnin, 30 Julai 2012

Adinda Sultan Selangor mangkat

RUWAIDA MD ZAIN

Adinda Sultan Selangor mangkat
Upacara persemadian adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat tengah malam tadi. – Foto oleh Zulfadhli Zaki
 

SHAH ALAM - Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat jam 12.15 tengah malam tadi.

Almarhumah yang lahir pada 19 Ogos 1956 merupakan adinda bongsu Sultan Sharafuddin Idris Shah
Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira 12.45 tengah hari setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain.

Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Tiada ulasan: