Sabtu, 7 Julai 2012

Adiana rayu anak dirawat segera

Wartawan Sinar Harian

Logo 3 beradik perlu bantuan
3 beradik menghidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan serta
penjagaan rapi perlu bantuan
 
 
SHAH ALAM - Nurul Huda Zanery, 12, yang menghidap penyakit tiroid tahap empat masih tidak mendapat tarikh baru untuk rawatan susulan ekoran pendarahan kerongkongnya yang semakin serius.

Ibunya, Adiana Othman, 34, berkata, Nurul Huda masih ke sekolah kerana menjalani ujian percubaan tahun enam, namun anaknya itu perlu bantuan ais batu bagi meredakan panas badan dan kesakitan kerongkongnya.

“Saya bimbangkan Huda kerana semakin hari keadaannya menjadi teruk. Saya takut untuk memberi sebarang ubat. Hanya guna ais untuk mengelap bahagian belakang badannya bagi mengurangkan kesakitan,” katanya.

Menurutnya, rawatan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan keadaan anaknya bertambah kritikal.

Dalam perkembangan sama, dua anaknya, Nurul Fatihah Zanery, 8, dan Muhammad Amir, 11, masing-masing menghidap penyakit saraf tulang kongenital dan saluran kencing juga menunjukkan tahap kesihatan tidak menentu.

"Fatihah sudah tidak berdaya mengangkat benda berat. Apatah lagi untuk memegang pensel untuk menulis," katanya.

Sebelum ini, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menjadualkan Nurul Fatihah membuat ujian rawatan imbasan magnetik resonan (MRI) ke atas lehernya kali kedua untuk mengesan kedudukan kansernya.

Menurutnya, pakar surgeri Nurul Fatihah dari PPUKM, Dr Hanafiah akan melakukan ujian itu dan menentukan tarikh bulan ini, supaya tarikh pembedahan dijalankan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Muhammad Amir memerlukan perhatian khusus walaupun keadaannya tidak serius.

Jumlah dana terkumpul setakat ini, meningkat kepada RM27,400.

Sesiapa yang berhasrat menyumbang boleh menghubungi 013-2934837 atau terus ke akaun Maybank Adiana, 162508103642.

Tiada ulasan: