Rabu, 4 Julai 2012

80 Orang Bekas Ahli Umno Masuk PAS Disember Lalu Terima Sijil Keahlian

 

Haji Wahid Dedah Belanja Bina Lapangan Terbang Hampir 1 Bilion

Wartawan Buletin

KUALA NERUS – Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyerahkan  sijil keahlian PAS kepada Ketua PAS Cawangan Kampung Banggol Donas, Ustaz Mohd Zahib Mohad Zain, dalam satu majlis ceramah sempena meraikan penerimaan sijil tersebut di kampung terbabit pada Isnin 2 Julai.

Mereka yang menerima sijil itu, diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas, Haji Salleh Embong, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus bersama 80 orang lain, telah mengisytiharkan keluar dari parti itu pada 9 Disember lalu.

Diantaranya ialah bekas Ketua Umno Kampung tersebut Puan Rusni Hassan yang menyertai PAS kerana tidak yakin lagi dengan kepimpinan Umno yang semakin lemah.

Dalam ucapannya, Haji Wahid mendedahkan ada projek pembangunan yang  dibuat negeri Terengganu, yang sudah siap tetapi tuntutan masih dibuat menyebabkan kos projek tersebut terus melambung.

Antaranya, kata beliau adalah projek pembesaran lapangan terbang Sultan Mahmud.

“hok siap doh tapi baham pitih lagi, yang siap dah tapi masih buat kerja ‘kononya’ masih buat ‘variaton order’ (VO) lepas tu duk baham pitih lagi, antaranya projek lapangan terbang Sultan Mahmud,

“mula-mula saya tanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri dia kata (jawab) RM660 juta, kemudian saya tanya (sekali lagi) di Parlimen dia jawab RM882 juta, berbeza RM222 juta,”jelasnya.

Namun begitu katanya, beliau tidak puas hati dengan jawapan tersebut dan telah berpakat dengan Ahli Parlimen Taiping YB Ngar Kor Meng untuk menanyakan soalan berkaitan pembinaan lapangan terbang tersebut secara terperinci.

“saya berpakat dengan Ahli Parlimen Taipig Ngar Kor Meng Tanya minta Menteri Kerja Raya tanya sebutir-sebutir, tanya secara terperinci butir-butir syarikat, berapa jumlah kos pembinaan, kos dan variation order yang terlibat,

“dalam sidang yang baru ini, dia (parlimen)  jawab (jumlahnya) RM949 juta, dekat RM1 bilion,”tegasnya.

Menurutnya, pembinaan lapangan terbang Sultan Mahmud adalah satu projek kerajaan pusat yang dibiayai melalui wang kerajaan negeri.

Namun begitu, kerajaan negeri yang membelanjakan sehingga RM949 juta bagi mengongkosi projek menaiktaraf lapangan terbang itu tidak mendapat sebarang hasil pulangan.

“Terengganu (adalah) satu-satunya negeri buat lapangan terbang hak (milik) pusat guna duit negeri (tetapi) hasilnya boleh ke orang (pusat), ‘airport tax’ (cukai lapangan terbang) siapa yang dapat?

“kerajaan pusat yang dapat, Terengganu tidak dapat apa!,”ujarnya.

Beliau menyifatkan tindakan pemimpin Umno negeri Terengganu adalah satu tindakan yang ‘bodoh’ kerana membelanjakan wang milik rakyat Terengganu, tanpa mendapat sebarang faedah, kembali kepada rakyat Terengganu.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Teerengganu Ustaz Ridwan Hashim yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus serta bekass Ketua Peneranga Umno Bahagian Pekan Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz

Tiada ulasan: