Jumaat, 13 Julai 2012

55 Ahli MIC Serah Borang DHPP



KELAB GREENBOC


AMPANG: Penyerahan borang keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) oleh 55 ahli MIC Ampang mem­ buktikan PAS semakin mendapat sokongan di ka­langan masyarakat bukan Melayu.

Wakil Belia MIC, Tiru Morty a/l Amasamy telah menyerahkan 55 borang ke­ ahlian DHPP kepada Ahli Dewan Negeri (Adun) Lem­bah Jaya, Kasim Abdul Aziz dalam majlis minum petangmdi kampung Tasek Permai, dekat sini, baru­-baru ini.

Menurut Kasim, konsep mesra rakyat yang diamal­kan wakil rakyat Pakatan Rakyat tanpa mengira wak­tu menjadi faktor orang bukan Melayu memberi so­kongan kepada PAS.

Sebelum Pakatan Rakyat mentadbir Selangor kata­nya, Ampang mempunyai wakil rakyat Melayu dari­pada BN yang meminggir­kan masyarakat India.

Ini katanya, berbeza de­ngan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang mem­bela semua kaum tanpa mengira agama dan status.

“Ada kampung di Ampang yang wakil rakyat dahulu ti­dak pernah masuk sehingga masalah banjir tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Bagaimanapun tambah beliau, setelah Pakatan Rakyat mentabdir masalah banjir dihadapi penduduk berjaya diselesaikan de­ngan menaik taraf saliran.

“Apa yang kita buat ini bu­kan untuk memancing undi tetapi kita lakukan perkhid­matan terbaik untuk kesele­saan rakyat,” tegasnya.

Turut hadir dalam ma­jlis tersebut Ketua DHPP Ampang, Kalaimani, Ketua DHPP Selangor, Letchu­manan dan Adun Teratai, Jenice Lee.

Tiada ulasan: