Jumaat, 24 Februari 2012

AMK minta pengawasan polis di HQ PKR

MALAYSIA KINI

Pemuda PKR (AMK) membuat laporan polis berhubung sebaran maklumat yang menyatakan Pemuda Umno akan berhimpun di ibu pejabatnya di Petaling Jaya hari ini bagi membantah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Israel.

Timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip mendakwa, berdasarkan sebaran melalui SMS yang diterima pagi tadi, mereka dimaklumkan kemungkinan akan berlaku kekecohan dalam perhimpunan itu.

"Kita minta polis memberi pengawasan seberapa segera dan ambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang provokasi dan kerosakan harta benda, jika benar ia berlangsung," katanya kepada Malaysiakini.

Pihak media juga hari ini mendapat maklumat bahawa perhimpunan yang dirancang selepas solat Jumaat itu bertujuan mendesak Anwar menarik balik 'sokongannya' kepada Israel.

Tiada ulasan: