Ahad, 12 Jun 2011

PKR PAHANG WUJUDKAN KOBAT UNTUK BEKAS TENTERA


Oleh: WFAUZDIN NS


SYABAS dan tahniah kepada Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman kerana di atas usahanya mewujudkan satu lagi biro yang setaraf dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang telah diiktiraf di peringkat Pusat di dalam Parti Keadilan Rakyat. Biro yang baru ditubuhkan di peringkat Negeri Pahang ini di namakan `KOBAT' iaitu Kor Bekas Angkatan Tentera Malaysia.

Meskipun biro yang baru diwujudkan ini dimulakan di peringkat Negeri Pahang, namun saya yakin biro ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari bekas anggota tentera atau perajurit dan dibuka juga kepada bekas-bekas anggota Polis dan keselamatan. Laman Rasmi KOBAT ini boleh anda kunjungi di sini (klik).

KOBAT bertujuan untuk membela nasib dan kebajikan bekas perajurit dengan beberapa perancangan tertentu agar segala jasa dan pengorbanan mereka dihargai sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas Pilihanraya Umum nanti. Di peringkat Negeri Pahang sendiri, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memberikan perhatian terhadap kebajikan semua bekas perajurit ini sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri.

Sekiranya Pakatan Rakyat tidak menjadi kerajaan, suara-suara mereka dan permasalahan mereka tetap akan dibawa ke peringkat atasan samada di Dun Negeri mahupun di Parlimen. Menyedari bahawa badan atau persatuan seperti Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sering menjadi mangsa politik kerajaan sekarang, maka KOBAT adalah alternatif bagi mereka. Kegagalan persatuan yang sedia ada untuk membela nasib bekas perajurit adalah kerana pemimpin persatuan yang terikut-ikut dengan rentak politik pemerintah.

KOBAT akan memastikan suara bekas perajurit dihormati sejajar dengan jasa dan pengorbanan mereka kepada tanahair. Justeru itu, saya menyeru kepada semua bekas perajurit samada tentera, Polis atau pasukan keselamatan yang lain menjadi ahli agar kita boleh mendapat maklumat lengkap apakah fungsi KOBAT ini dan apakah faedahnya kepada kita.

Sebarang keterangan lanjut, anda boleh mengunjung blog tersebut.

Tiada ulasan: