Rabu, 1 Jun 2011

Isu biasiswa: Kerajaan biaya 86 pelajar cemerlang SPM di IPTS




KUALA LUMPUR — Seramai 86 pelajar cemerlang SPM yang gagal memperoleh biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan diberi tempat di kolej dan universiti swasta tempatan, kata Datuk Seri Nazri Aziz hari ini.

Mereka akan ditaja oleh kerajaan mengikuti pengajian di dalam negara.

Kata Nazri (gambar), perkara tersebut telah diputuskan pada mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

“Perdana Menteri dan Kabinet bersetuju bahawa mereka yang memperoleh 9A+, yang tidak menerima biasiswa untuk ke luar negara, kerajaan telah memutuskan untuk menghantar mereka ke IPTS (institusi pengajian tinggi swasta) tempatan, kesemua 86 orang.

“Jika kita menghantar mereka ke luar negara, kos untuk membiaya mereka akan meningkat kepada RM52.1 juta, tetapi dengan menawarkan mereka (tempat di) IPTS, kosnya RM21.6 juta... IPTS, juga akan membawa mereka ke luar negara,” kata Nazri.

Tiada ulasan: