Selasa, 14 Jun 2011

DAP tuntut KDN respons, ketuk ketampi bogel aibkan


KUALA LUMPUR — DAP mahu Kementerian Dalam Negeri respons kepada laporan media bahawa dua wanita Singapura digari dan telah diarah melakukan ketuk ketampi dengan berbogel oleh pegawai imigresen Malaysia.

Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran berkata tindakan itu mengaibkan maruah dan sesuatu tidak masuk akal manakala wakil rakyat Bakri Er Teck Hwa pula berkata perkembangan itu memberi persepsi bahawa Malaysia sebuah negara tiada undang-undang.

“Anda tidak boleh lakukan ini. Mengapa mereka menyoal siasat wanita-wanita ini sebegini? Ia tindakan mengaibkan,” kata Kulasegaran (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Tiada ulasan: