Isnin, 6 Jun 2011

1MDB tawar biasiswa untuk 500 pelajar

Joseph Sipalan


Pelajar pintar SPM yang tidak layar mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPM) pada tahun ini boleh mendapatkan 500 biasiswa yang ditawarkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Datuk Seri Nazri Aziz (kiri) berkata, 1MDB akan menaja pelajar yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 8A+ yang ibu bapanya berpendapatan RM5,000 sebulan atau kurang.

Bagaimanapun, katanya mereka akan meneliti dahulu pelajar pintar yang tidak layak memohon biasiswa JPA atas pelbagai alasan, seterusnya memberi mereka keutamaan untuk biasiswa 1MDB.

"Mereka adalah kumpulan yang tidak mendapat tempat kerana tidak melepasi syarat JPA. Terdapat kes di mana pelajar mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, tetapi tidak cukup A dalam beberapa matapelajaran, (akhirnya) mereka tidak mendapat sebarang tawaran.

"Pelajar seperti ini akan diberikan keutamaan untuk mendapat tajaan 1MDB," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat 1MDB bersama pemimpin BN.

Tiada ulasan: