Selasa, 11 Januari 2011

PTPTN adalah along yang sebenar, katanya

Oleh Penarik beca

Saya menerima email dari seorang anak muda tertindas. Saya malas nak fikir apakah yang akan terjadi kerana menyiarkan luahan hatinya yang saya tak edit sikit pun:

Memang le kepada peminjam PTPTN...Rupenya PTPTN adalah lebih kejam daripada along yang ada sekarang... dengan charge pentadbiran sebanyak 3% yang dikenakan itu menunjukkan mereka lebih kejam daripada along... kerana kos perkhidmatan itu akan berterusan sehingga bila-bila selagi mana kita tidak menyelesaikan pinjaman lahanat tersebut... sejahat-jahat Along ada juga 'interest' yang kita tau berapa yang nak kena byr...

Bayangkan kalau charge perkhidmatan RM40 sebulan dan korg bayar RM50 sebulan (kadar minimum yang 'dibenarkan' oleh PTPTN)... maka korang akan bayar PTPTN tue sampai mampos le jawabnya... sebab korg byr kos perkhidmatan lahanat tue tanpa mengurangkan baki PTPTN.... kalu beli rumah pun RM25k bayar RM50... so nampaklah jugak jumlah yang nak kene bayar... dan kalu lambat bayar hanya 'penalty' dlm berapa ringgit sangat dikenakan... tapi PTPTN ... kita tak tau berapa jumlah sebenar yang kan kita bayar melainkan kita byk duit dan boleh bayar 'seketul'... tapi kalu bayar ansuran maka jawabnya kene bayar sampai 'mampos'..

Saya sekali lagi mengajak semua orang berfikir sebagai rakyat yang taksub kepada kebenaran. Kalau yang beragama Islam, bertuankan Allah, bertuhankan Allah - bukan ketuanan Melayu yang sudah begitu dihanyir dan dilendirkan oleh Umno atau apa-apa pun. Kita bercakap tentang kebenaran. Kita bercakap tentang kepentingan rakyat. Sudah-sudahlah bercakap dengan ketaksuban atau 'asabiyyah kepada mana-mana parti atau pemimpin. Sekarang pun orang dah mula bercakap, kalau Umno ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), PAS ada Rusila. Marilah kita bercakap sebagai rakyat.

Marilah kita memperjuangkan pendidikan percuma untuk rakyat sehingga ke peringkat ijazah pertama sekurang-kurangnya.

Bercakap tentang anak orang yang meraung ditindas PTPTN, teringat anak sendiri. Orang kata, semakin lama dia tak ada, semakin berkurangan rindu. Tetapi yang saya rasa semakin rindu, semakin sayu. Ya Allah, ya Mujir, temanilah anak saya, kekasih hati abah Muhammad Sadiq dengan keampunan dan kasih sayang-Mu yang berkekalan. Tolonglah, ya Allah!

http://penarikbeca.blogspot.com/

15 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Apa yang saya tahu adalah kos pentadbiran PTPTN ini dah diturunkan dari 3% ke 1%. Tidak tahu sama ada anak muda diatas sudah dimaklum ke belum.
http://www.malaysianmirror.com/media-buzz-detail/229-education/51443-183664-borrowers-give-feedback-on-new-ptptn-administrative-cost

Mohd Ishak berkata...

Tapi jika anak muda di atas itu juga salah satu peminjam PTPTN untuk melanjut pelajaran di institusi tinggi, maksudnya dia juga berpendidikan tinggi. Mengapa pula cara tulisan dia seperti itu?

Saya cuma mengambil berat tentang penguasaan bahasa anak-anak muda sekarang.

samm berkata...

kos pentadbiran PTPTN telah dikurangkan daripada 3% kepada 1%. ini merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan yang dilakukan oleh PTPTN.

samm berkata...

apa pun, diharapkan PTPTN sentiasalah melakukan penambahbaikan dari masa ke masa.

Tanpa Nama berkata...

ya.. kos pentadbiran PTPTN telah dikurangkan kepada 1%. kos pentadbiran ini adalah berdasarkan kepada kepada baki pinjaman kita. makin byk kita byk makin kurang kos pentadbiran yang perlu dibayar.

Jason berkata...

Most probably the writer was not informed about the reduction of administrative costs from 3% to 1%. Everyone should take note of this.

mike berkata...

kos pentadbiran sudah dikurangkan kepada 1%..

mike berkata...

peminjam PTPTN harus membayar hutang mereka untuk kegunaan bagi yang lain di masa akan datang.

Paquin berkata...

Lebih kejam dari ahlong???? hhhmmm tapi PTPTN tak pula pernah kacau ketenteraman hidup para pemimjam kan... At least blm ada kes lagi pemimjam PTPTN dicederakan oleh PTPTN. hehe

Paquin berkata...

Kos pentadbiran dah dikurangkan kepada 1% jadi yang masih taktau tu rujuk2 lah pada PTPTN:)

Tanpa Nama berkata...

senang cerita jangan apply PTPTN.. tanggung la sendiri perbelanjaan pendidikan. kalau semua mahu percuma, negara2 maju pun boleh bankrap..

Tanpa Nama berkata...

cari la mana2 kerajaan yang boleh memberikan segala2nya percuma kepada rakyat.. pakatan pembangkang??? yang sepatutnya rakyat tuntut adalah kualiti pendidikan negara bukannya pendidikan percuma. beginilah sikap rakyat apabila terlalu dimajakan oleh kerajaan dan cuba berfikir seperti pembangkang berfikir.

Unknown berkata...

Mungkin PTPTN perlu melakukan sesuatu seperti pinjaman mara, siapa yang membuat pinjaman mara oleh sebab ramai yang tidak bayar juga sama kes seperti PTPTN, mereka cuma mahukan peminjam membayar separuh dari pinjaman. Jika RM19500, hanya RM9750 keatas begitu. Mungkin PTPTN perlu membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini.

Gopuk berkata...

Jangan risau pihak PTPTN sedang mengemaskini sistem mereka dan merombak balik pengiraan untuk bayaran balik.

Gopuk berkata...

Sememangnya yang menanggung lebih terseksa dari mata yang melihat. Tapi masa akan meleraikan semuanya dan jika pihak PTPTN berjaya membuat pembaharuan, dan akan mengubah keperitan yang dihadpi oleh ramai orang, itu sudah memadai.