Selasa, 18 Januari 2011

Polis, SPR, SPRM jangan amal double standard

N.05 DUN TENANG

LABIS: PAS Johor mahu melihat sejauh mana komitmen serta kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terhadap salahlaku yang didakwa dilakukan pegawai kerajaan dan juga BN.

Kebiasaannya agensi-agensi terbabit begitu pantas bertindak terhadap kes-kes yang melibatkan Pakatan Rakyat, oleh kerana itu perkara yang sama juga mesti dilakukan walaupun ia melibatkan penjawat awam dan BN.

“Kita tidak mahu pihakpihak terbabit mengamalkan sikap double sandard kerana amalan seumpama ini hanya akan mencemarkan profesionalisme mereka,” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Dr Mahfodz Muhamad, di sini, 7 Januari lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Timbalannya, Dzulkefly Ahmad, membuat laporan polis terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Markom Giran, yang didakwa secara terang-terangan telah menyalahgunakan kedudukannya berkempen bagi pihak BN.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS negeri, Mazlan Aliman serta beberapa pimpinan lainnya.

Markom adalah penjawat awam Kumpulan DG 54 yang memangku Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) Gred C, didakwa telah berkempen bagi pihak BN di beberapa sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, baru-baru ini.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tidak beretika ini ketika mengadakan pertemuan dengan guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Ibrahim, 31 Disember 2010 (9.00 pagi– 12.30 tengahari), Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, 3 Januari 2011 (12.00- 1.30 petang), SK Pekan Air Panas, 3 Januari 2011 (11.00 – 11.45 pagi), SK Felda Chempelak, 3 Januari 2011 (9.00 – 10.00 pagi) dan SMK Tenang Station, 3 Januari 2011 (3.00– 5.00 petang).

Selain itu beliau juga turut didakwa memberi tekanan kepada Pengetua dan Guru Besar di Dun Tenang supaya mengundi BN di samping turut memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling di Daerah Segamat supaya berkempen untuk memenangkan BN pada pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Menurut Dr Mahfodz, tindakan penjawat awam tersebut melanggar peraturan ditetapkan adalah perbuatan yang sangat memalukan melampau selain boleh dikenakann tindakan sewajarnya.

Beliau turut menjelaskan, laporan polis ini juga merupakan pilot projek yang akanmdisusuli dengan beberapa, siri laporan lain jika didapati berlaku pelanggaran peraturan pilihan raya oleh Umno-BN selepas ini.

Sehubungan itu Dr Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat, mendesak agensi-agensi terbabit menjalankan siasatan segera ke atas penjawat awam tersebut serta mengambil tindakan yang setimpal di atas kesalahan yang dilakukan.

12 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Polis, SPR dan SPRM sepatutnya bekerja mengikuti peraturan yang ada dan melayan semua orang dengan cara yang sama. Jangan ada double standard kerana ia merupakan penyalah guna kuasa.

tombolo berkata...

kena jalankan tugas dgn baik dan adil tanpa ada sikap berat sebelah.

Unknown berkata...

Diharapkan mereka mengikuti peraturan. Jangan amalkan double standard!

mike berkata...

laporan sudah dibuat..siasatan harus dilakukan..

mike berkata...

amanah yang diberikan harus dilakukan dengan adil...jangan ada double standard.

Paquin berkata...

Logiknya pun tak baik jika double standard diamalkan. So elakkan hal ni bagi memastikan tidak ada kejadian berat sebelah timbul.

Paquin berkata...

Jalankan t/jawab sebaik mungkin bagi memastikan semua pihak berpuas hati!

nickko berkata...

jangan cuba meremehkan PDRM dan SPRM seolah2 mereka tidak pernah mengambil tindakan terhadap pegawai2 kerajaan dan BN yang melakukan kesalahan. tidak ada istilah double standard dalam PDRM dan SPRM melainkan dari mulut pembangkang yang tidak henti2 mempertikaikan apa sahaja yang dilihat menjadi halangan kepada mereka untuk merampas kerajaan.

nickko berkata...

kenapa perlu buat laporan polis? jika yakin rakyat menerima PAS, sokongan itu tidak akan lari walau siapapun yang berkempen. bagaimana pula dengan dakwaan bahawa PAS menggunakan pelajar2 GAMIS untuk berkempen di rumah2?? bukankah itu lebih teruk.. penjawat2 awam sudah tentu dinasihatkan untuk menyokong parti pemerintah kerana mereka adalah pelaksana dasar2 kerajaan yang sudah tentu menuntut mereka meletakkan kesetiaan dan kepercayaan kepada pihak kerajaan. takkan lah minta penjawat awam ni sokong dasar2 pembangkang..

Bhatera berkata...

Semoga badan ini tidak berat sebelah dengan mana-mana pihak. Keadilan dan kejujuran adalah yang utama menyelesaikan jenayah.

elia berkata...

Tanggungjawab sebagai penguatkuasa seharusnya dijalankan dengan amanahnya. Jika mana2 individu yang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, seharusnya individu itu berhenti sahaja.

elia berkata...

Tugas yang telah diberikan haruslah dijalankan dengan amanah.