Ahad, 9 Januari 2011

PKR dijangka rombak ketua enam negeri, Perak dan Sabah jadi tumpuan

TERKINI


KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan mengumumkan rombakan kepimpinan negeri hari ini dalam usaha merapatkan kembali perpaduan parti itu, susulan pemilihan tahun yang menimbulkan suasana tidak selesa dengan siri dakwaan kecacatan dalam proses pengundian.

PKR mengadakan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini. Komponen Pakatan Rakyat itu telah pun mengadakan mesyuarat biro itu Jumaat lalu dan membincangkan rombakan tersebut.

Lima hingga enam negeri dijangka akan menerima ketua negeri yang baru hari ini. The Malaysian Insider difahamkan negeri-negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Terengganu.

Difahamkan Sabah dan Sarawak juga mungkin mengalami perubahan ekoran perkembangan semasa termasuk pergolakan semasa di Sabah.

Sabah merupakan antara negeri sudah beberapa kali mengalami perubahan kepimpinan negeri dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu.

Perak dipercayai akan diketuai oleh Dr Mohd Nur Manuty yang bulan lalu dilantik sebagai ketua penerangan pusat.

Jika pelantikan itu disahkan hari ini, beliau akan menggantikan Mustaffa Kamil Ayub, yang kini menganggotai Biro Politik.

Mustaffa dilantik menganggotai Biro Politik selepas tewas dalam pemilihan peringkat cabang dan jawatan timbalan presiden.

“Ini antara negeri yang akan menerima pengerusi baru, perkara ini sudah diputuskan pada mesyuarat Biro Politik hari Jumaat lepas,” kata seorang pemimpin pusat PKR kepada The Malaysian Insider.

“Setakat hari itu, negeri-negeri lain tidak mengalami perubahan manakala kedudukan Sabah dan Sarawak belum diputuskan,” kata sumber itu.

“Ini keputusan yang telah diambil pada mesyuarat Biro Politik Jumaat lalu, dan kemungkinan boleh berubah berdasarkan mesyuarat hari ini, jadi kita kena tunggu sehingga tengah hari esok (hari ini),” katanya lagi.

Laporan media minggu lalu menyebut, PKR Sabah menghadapi masalah kepimpinan apabila 15 daripada 25 ketua cabang meluahkan rasa tidak yakin terhadap ketua mereka Ahmad Thamrin Jaini, sebaliknya mahu Ansari Abdullah dilantik meneraju parti itu.

Ansari mewakili PKR-Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi November lalu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga telah berada di Sabah minggu lalu, mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cabang menjelang pengumuman pelantikan kepimpinan negeri hari ini.

Malah rombakan ini dibuat ketika bekas naib presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan memutuskan untuk keluar PKR minggu lalu.

Sarawak juga dijangka akan memperoleh ketua baru selepas pengerusi semasa Baru Bian dilantik sebagai naib presiden PKR bulan lalu.

The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan negeri Kedah akan diambil alih oleh timbalannya Wan Salleh Wan Isa manakala Dr Idris Ahamad yang kini memangku akan dilantik sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Dr Idris memangku jawatan itu selepas ia kosong ekoran keputusan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR di sebalik masalah berkaitan dengan proses pemilihan.

Kelantan dan Terengganu juga dilihat akan mengalami perubahan kepimpinan parti.

Ketua cabang Ketereh Ab Aziz Ab Kadir akan menggantikan Saifuddin manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang tahun lalu melepaskan jawatan timbalan pengerusi PKR Pahang akan mengetuai negeri itu.

Ab Aziz dan Saifuddin masing-masing merupakan ahli Parlimen Ketereh dan Machang.

Dalam pada itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesej Twitternya pagi tadi juga mengesahkan salah satu agenda mesyuarat hari ini ialah pelantikan kepimpinan negeri.

“Acara penuh, mesyuarat pimpinan parti termasuk pelantikn pimpinan negeri dan menerima laporan jawatankuasa pemilihan,” katanya.

19 ulasan:

zam berkata...

pelbagai masalah yang melanda PKR terutamanya PKR Sabah boleh menyebabkan ahli kehilangan keyakinan terhadap kepimpinan mereka.

zam berkata...

jika PKR gagal memuaskan hati ahlinya maka akan berlakulah ahli yang keluar parti, seperti yang berlaku di Sabah yang mana Dr Jeffrey telah pun keluar dari PKR.

Tanpa Nama berkata...

PKR terlalu byk masalah sehingga rombakan terpaksa dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

PKR memang memerlukan rombakan kepimpinan setelah kita menyaksikan parti itu tidak henti2 berhadapan dengan masalah kepimpinan.

Tanpa Nama berkata...

buat masa ini PKR perlu memberikan perhatian yang lebih kepada usaha memperkukuhkan parti terutamanya diperingkat dalaman parti itu sendiri. jangan hanya tahu berpolitik diluar rumah tapi dalam rumah habis tunggang-langgang..

mandau berkata...

setelah rombakan dilakukan, harap masalah dalam PKR tidak lagi timbul.

Anak Sabah berkata...

Bagilah ketua yang betul-betul sesuai.

Velove berkata...

Tiada lagi yang patut dirombak di Sabah.

Antanum berkata...

Tidak habis2 dengan rombakan...Banyak yang berlaku dalam PKR yang saya rasa ini akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan.

Paquin berkata...

Kesian juga ba PKR ni kadang2... Tapi apa boleh buatlah beginilah dunia politik.

Paquin berkata...

Rasanya kalau dengan rombakan ketua pun keadaan dalaman PKR masih juga sama.. hhmmm entah apalah mahu jadi ma PKR nanti.

Paquin berkata...

Sukar nak ramal sebab banyak kemungkinan boleh berlaku. Tambahan pula dunia politik ni penuh dengan magik. hehe

Paquin berkata...

Jadi ada baiknya kita tunggu dan lihat saja nanti:)

Paquin berkata...

Biarlah rakyat sendiri yang membuat penilaian terhadap PKR. Saya yakin rakyat cukup matang utk menilai.

Nemia berkata...

Making changes in Sabah PKR won't help any further.

Sanih Alias berkata...

Mungkin PKR di Sabah tidak sesuai untuk negeri tersebut. PKR tidak dapat diterima bukan saja oleh rakyat tapi ahli PKR Sabah sendiri.

Sanih Alias berkata...

Mungkin pada PRU13 ini, tidak mustahil PKR hilang kekuatan diseluruh negeri. Seperti Pulau Pinang tidak mustahil akan hilang kuasa kerana tidak akan mendapat sokongan dari melayu dan india dikawasan itu nanti. Baru-baru ini, banyak kedai orang india dinegeri itu ditutup. begitu juga dengan orang melayu, tanah hilang, berniaga susah. Apakah sebenarnya berlaku??adakah unsur perkauman atau sebaliknya.

onong berkata...

Rombakan memang satu benda baik cuma saya fikir, banyak kepincangan di Sabah akan menganggu segalanya.

chimchim berkata...

Well,Paruddin will need to do something.