Ahad, 2 Januari 2011

Lima Nelayan Hilang Khamis Lepas Belum Ditemui

BERNAMA

KUANTAN: Lima nelayan, yang hilang selepas bot pukat tunda mereka tenggelam di 15 batu nautika dari Tanjung Gelang dekat sini pada Khamis lepas, masih belum ditemui.

Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan Pasukan Gerakan Marin dan Kapal KD Perak Tentera Laut Diraja Malaysia masih gagal mengesan mangsa setakat ini.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bermula 7 pagi tadi dengan skop pencarian di sekitar kawasan kejadian.

"Sehingga 6 petang ini, tiada sebarang petunjuk atau badan mangsa ditemui terapung di kawasan itu, operasi dihentikan 7 petang ini dan akan disambung semula pada Ahad," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Pada khamis lepas, seorang tekong dan empat nelayan hilang dikhuatiri lemas apabila bot yang mereka naiki karam dipercayai dipukul ombak.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika bot berkenaan membawa empat nelayan warga Thailand dan seorang tekong warga tempatan untuk menangkap ikan di perairan berkenaan.

Tiada ulasan: