Pada asalnya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan garis panduan terbaru melarang orang Islam kerja di premis jual arak. Mari datang Ronnie Lui lagi haru jadinya. Beliau suruh MPSJ tarik balik garis panduan terbaru tersebut. Sebab apa?
Sebab mereka tidak dimaklumkan dahulu tentang tindakan MPSJ sebelum ini. Yang Datuk Hassan Ali sokong tindakan MPSJ, manakala Tan Sri Khalid Ibrahim pula setuju pun tidak, bercanggah pendapat dengan MPSJ dengan garis panduan larangan orang Islam kerja di premis jual arak tetapi kemudianya bertindak mahu menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.
Tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam isu umat Islam kerja di Premis Jual Arak :
- Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.
- Yang tak boleh nak ikut garis panduan syarikat tersebut akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik
Tidak dapat dinafikan adalah haram untuk mana-mana orang Islam terlibat dengan arak, hatta mengisi petrol untuk lori yang membawa arak (contoh lori Calrsberg). Apatah lagi kalau terlibat secara langsung seperti kaunter pembayaran, tukang bawa masuk stok dan susun kotak-kotak arak. Yang kerja di kilang-kilang arak tu tak payah cakaplah.
Harap Ronnie Lui akur dengan desakan sebahagian besar suara umat Islam kali ini dan bersetuju dengan garis panduan dengan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis jualan minuman keras demi kebaikan kepada umat Islam itu sendiri. Sebab sebelum ini, MPSJ dah elok-elok menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu. Khalid Ibrahim nak buat tabung apa pun untuk persediaan orang Islam yang meninggalkan pekerjaan “seperti ini”, terpulang…..dan dalam pada masa yang sama berbincang dan cuba cari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan isu arak ini. Yang paling pentingnya orang Islam tak dibenarkan bekerja di tempat-tempat yang ada kaitan dengana arak. Jalan seterusnya terpulang kepada kerajaan negeri.
Larangan jual arak pada individu islam dah lama dikuatkuasa. Tetapi yang jadi persoalan sekarang sejauh mana pemantauan dan pelaksanaannya :
Hangat-hangat tahi ayam sahaja?
Hukum arak dah jelas di dalam al-Qur’an, hadis dan ijma’ ulama, sehingga pengharamannya itu telah menjadi sesuatu yang telah diketahui umum (ma’lum min ad-din bi adh-dharurah). Firman Allah Ta’ala :
Tafsirnya : “Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” ( Surah al-Ma’idah : 90)
Pengharaman arak itu bukan sahaja kepada orang yang meminumnya, bahkan ia meliputi kepada apa jua bentuk pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak, kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun dia tidak meminumnya, samalah juga dosanya seperti orang yang meminum arak. Sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam daripada Anas bin Malik Radhialllahu ‘Anhu dia berkata :
Maksudnya : “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak.”
Hadis riwayat Iman Ahmad daripada Abi Umar, Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
‘Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak). Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram’.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa sesiapa mencari rezeki yang ada sangkut-paut dengan arak & tidak minum arak, jadi tidak berdosa dan tidak salah. Hakikatnya, salah tetap salah. Umpama bersubahat sebab dah terang-terangan mereka ini bekerja dengan benda yang telah diharamkan.
“Dah tahu lubang tersebut ada ular, jangan masuk tangan”
Ada sebuah hadis, “Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulallah SAW telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak iaitu :
- Pemerah arak: Iaitu pekerja -pekerja yang melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur, bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak, samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya, upah atau gaji yang diterima itulah dilarang.
- Meminta diperahkan arak untuknya. Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yang menggaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran
- Peminum arak. Orang yang meminum arak walaupun setitik atau tidak mabuk, hanya cuba-cuba .perbuatan itu juga dilarajng
- Pembawa arak. Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/ kedai makan / hotel dsb. Ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat lain. Juga dilarang.
- ‘Meminta dibawakan arak kepadanya’ bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Juga salah.\
- ‘Memberi minum arak kepada orang lain’ bermaksud seseorang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya. Contohnya, seseorang Muslim membelanja minum rakannya non Muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu juga dilarang.
- Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya.
- Orang yang mendapat hasil dari arak. Hal ini agak luas. Pemegang saham, termasuk kerajaan, individu dan sesiapamyang terlibat.
- Orang yg membeli arak bermaksud pembeli arak samada untuk diminum atau tidak.
- Orang yang meminta dibelikan arak untuknya. Ertinya dia suruh orang lain membeli, pun salah juga.
Perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira. Pekerja-pekerja yang terlibat perlu diselamatkan dari terjebak ke dalam ‘laknat’ Allah. Ia juga adalah hak pengundi yang telah memilih kerajaan pilihan mereka. Jadi sekarang ini tugas kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu arak, dan kewajipan kerajaan untuk menyelamatkan rakyatnya dari api neraka. Perlu dicari jalan penyelesain, kerana agama Islam bukanlah agama yang sempit. Tentu ada jalan penyelesaian.
Memang elok pun larang budak-budak remaja ini kerje di pub. Kalau di Subang Jaya contohnya bersepah pub. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada rush. Yang peliknya yang masuk pub ditangkap, yang kerja jual arak dilepas. Orang Islam juga tu. Apa yang cuba dibanteras penguatkuasa sebenarnya?
- Tiada gunanya disebabkan mereka kerja tempat-tempat yang ada arak, sekurang-kurangnya mereka berasa lega dapat kerja daripada tak dapat kerja
- Bukan ramai tak tahu siapa yang kerja sebagai bar tender, pelayan gro memang lumayan pendapatannya, tetapi tiada gunanya
Sebab apa? Tiada keberkatan. Kalau Tuhan dah larang adalah sebab musababnya. Jadi baik daripada sekarang jauhilah tempat-tempat sebegitu, apatah lagi bekerja di sana. Jadi tindakan seterusnya bolehlah kerajaan negeri mencari mekanisme lain untuk mereka mencari pekerjaan baru.
P/S : Jadi, kami nak minta pendapat anda samada tentang isu orang Islam kerja di premis jual arak, adakah patut dibiarkan mereka terus bekerja, atau mereka tidak dibenarkan sama sekali bekerja di situ jika mereka beragama Islam? Atau…….anda ada pandangan dan cadangan lain yang ingin dikongsikan dengan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan