Khamis, 13 Januari 2011

Kerana Politik Umno Barisan Nasional, anak murid terabai.

SELATAN ONLINE

Guru-guru di Tenang menjadi mangsa politik Umno Barisan Nasional apabila pada jumaat lepas, sewaktu kunjungan Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi guru-guru telah diminta untuk menyambut dan bertemu dengan Timbalan Menteri tersebut.

Dalam tinjauan Johorkini, ibu bapa kesal dengan tindakan memanggil guru-guru yang mengundi di N.05 Tenang berjumpa Puad Zarkashi dengan mengabaikan tugas mengajar murid-murid di sekolah adalah suatu tindakan tidak tepat yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, menerusi Pengarah Pendidikan Johor, Markom bin Giran

Difahamkan arahan untuk menyambut dan bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran telah dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Johor, dan didalam ucapan beliau dengan banganya memberitahu bahawa beliau telah jadi terkenal disebabkan “video Markom” yang tersebar di youtube.

Ini disebabkan oleh pihak Kementerian Pendidikan sendiri yang ‘memperkosa’ amalan perguruan didalam negara ini dengan memberikan sokongan moral terhadap Pengarah Pendidikan yang secara terang dan jelas menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik [JK]

9 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Ini memang tak patut berlaku. Tugas guru adalah untuk mengajar, jangan buat kacau bila kelas sedang berjalan.

Mohd Ishak berkata...

Harap perkara macam ini tidak akan berulang.

mantra berkata...

benarakah dakwaan ini, apapun, ia mmg tak wajar berlaku kerana guru2 berperanan untuk mendidik.

Tanpa Nama berkata...

pandai pembangkang mempertikaikan tindakan umno.. bagaimana pula dengan tindakan PAS memperkudakan pelajar2 GAMIS berkempen sehingga masuk ke kampung2? itu lagilah teruk, menghancurkan masa depan pelajar. bukankah sebelum ini pembangkang beriya2 mahu guru2, pensyarah serta pelajar terlibat dengan politik??

Tanpa Nama berkata...

kalau pembangkang yang buat walaupun terang2 haram semuanya dianggap halal. begitulah hasil kesimpulannya bila pemikiran dikuasai oleh politik pembangkang. menyambut dan bertemu dengan TPM itu tidak semestinya atas urusan politik. pembangkanglah yang mempolitikkan isu ini serta mengelirukan rakyat kerana sikap terdesak mereka untuk menang di Tenang.

Tanpa Nama berkata...

isu ini tidak patut diperbesarkan dan dijadikan bahan politik pula..

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan rebirth, menyambut dan bertemu dengan Timbalan Menteri pendidikan tidak semestinya atas tujuan politik. adalah lebih baik jika semua pihak menumpukan terhadap kepentingan rakyat dan bukannya sibuk mencari kesalahan pihak lain.

Bujang Senang berkata...

Itu terpulang dengan guru itu mahu berpolitik atau tidak. Tapi janganlah sampai terabai tanggungjawab sebagai seorang guru.

Antanum berkata...

Tidak sepatutnya berlaku perkara sedemikian. Kenapa perlu bertindak biadap? perkara ini tidak boleh dpandang remeh!