Selasa, 25 Januari 2011

Isu rampasan kuasa Perak di Tenang

Harakahdaily

IPOH: PAS negeri Perak akan membawa isu rampasan kuasa oleh BN negeri itu, sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tenang yang masih berbaki enam hari sebelum hari pengundian 30 Januari ini.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata jentera PAS dari Perak akan masuk keseluruh kawasan yang ditetapkan untuk bertemu seramai mungkin pengundi bagi menjelaskan perkara itu yang sedang dikelirukan oleh BN.

“Kita yakin bahawa Umno BN Perak akan mengelirukan pengundi, berkenaan isu rampasan kuasa yang dilakukan mereka di perak sebelum ini.

"Oleh itu, kita akan pastikan jentera PAS Perak dapat memberikan penjelasan sebenar berkenaan kezaliman Umno BN merampas hak rakyat Perak,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga meletakkan harapan, petugas parti memainkan peranan bersungguh-sungguh bagi mematahkan setiap pembohongan dan propaganda yang dimainkan parti lawan berhubung isu di negeri Perak.

PAS Perak ditugaskan menjaga unit peti undi (UPU) Labis Tengah iaitu kawasan campuran majoriti Cina dan Melayu.

Sekurang-kurangnya 300 petugas dari Perak dihantar secara bergilir-gilir mengikut kawasan bertugas di PRK Tenang kali ini.

Tiada ulasan: