Jumaat, 21 Januari 2011

Hutang Tanam Semula




SELATAN ONLINE

LABIS, 20 Jan :
Rata-rata hanya sebahagian kecil sahaja peneroka Felda yang memperoleh pendapatan bersih 3000 ringgit. Sebahagian besar di antara mereka mendapat dalam lingkungan 1500 ringgit hingga 2000 ringgit setelah ditolak segala hutang dan tanggungan

Presiden Anak, Mazlan Aliman mencabar Datuk Ahmad Maslan agar membangkitkan isu hutang penanaman semula yang terpaksa ditanggung peneroka.

"Terdapat anak-anak peneroka yang kematian ibu bapa terpaksa mewarisi dan menangung hutang peninggalan berpuluh ribu malah ada yang mencecah hingga 70 ribu ringgit", katanya dalam satu sidang media semalam.

Selain itu, Mazlan juga mendakwa pelaburan besar yang tidak kurang 500 juta ringgit oleh 43 buah anak syarikat Felda di luar negara seperti di Canada dan Amerika Syarikat gagal membawa perubahan kepada generasi kedua felda.

Ramai di kalangan generasi kedua felda iaitu melebihi 90 peratus berhijrah ke luar untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih menguntungkan./N05

7 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Felda sepatutnya membantu peneroka. Mengapa pulak menyebabkan hutang bertimbun-timbun?

Tanpa Nama berkata...

hal ini perlu diperjelaskan

samm berkata...

isu ini tidak boleh didengari dari sebelah pihak saja. sebaiknya, felda memberikan penjelasan mengnai keadaan sebenar.

Bujang Senang berkata...

Janganlah memberikan beban kepada peneroka. Harap Felda dapat menerangkan apa yang berlaku sebenarnya.

Paquin berkata...

Nampaknya FELDA harus bantu para peneroka. Jangan biarkan mereka terus merasa terbeban.

Paquin berkata...

Semoga perkara ini diberi perhatian sewajarnya.

nickko berkata...

pendapatan peneroka bergantung dengan hasil tuaian. sudah tentu usia pokok sawit yang baru mencecah 5 tahun tidak mampu membawa pulangan yang besar kepada peneroka berbanding dengan pokok sawit yang telah berusia lebih 10 tahun. Mazlan patut membuktikan secara terperinci berkenaan dengan hutang yang ditanggung oleh peneroka kerana terdapat ramai warga peneroka yang dibebani hutang bukan sebab tanaman semula tetapi hutang untuk keperluan peribadi.