Ahad, 30 Januari 2011

Hujan bawa rahmat, penyokong PR terus bertahan

PASPB

Hujan Lebat Tidak Patahkan Semangat Penyokong


LABIS.: Walaupun hujan lebat di sekitar pekan Labis namun ia tidak mematahkan semangat penyokong parti untuk terus berhimpun memberi galakan kepada pengundi-pengundi di UPU Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.

Tinjauan krew Tv Selangor mendapati rata-rata majoriti pengundi Cina keluar mengundi seawal jam 9 pagi di kawasan tersebut.

Dalam pada itu Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui pagi tadi berkata, sekiranya PAS berjaya mengurangkan majoriti maka usaha untuk mengagalkan sasaran Umno-Barisan Nasional memperoleh undi majoriti 5000.

"Dalam keadaan cukup undi lama, kurangkan majoriti dan gagalkan sasaran undi BN. Jika salah satu daripada sasaran ini kena maka sudah cukup memberi tamparan kepada BN tentang kebangkitan rakyat," tegas Mahfuz.

Tambahnya, situasi tersebut akan memberi laluan kepada PAS memandangkan pengundi-pengundi Cina memperlihat sokongan kepada parti itu.

"Kita harap pengundi Cina mesti keluar sebab undi mereka banyak memihak kepada kita. Kalau mereka kurang keluar akan beri masalah kepada calon PAS," jelas beliau ketika ditemui di jalan Segamat-Labis.

Dalam pada itu Mahfuz berkata Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat mendapat sambutan baik daripada pengundi kaum Melayu.

Jelasnya hujan tidak menjadi penghalang warga Felda keluar mengundi berikutan petugas-petugas PAS dan Umno-BN bertali arus membawa pengundi ke UPU menggunakan pacuan empat roda.

Mahfuz turut menolak pengurangan besar 50 peratus undi seperti yang didakwa.

"Pengurangan pasti berlaku cuma kadarnya saya tidak jangka kurang daripada 50 peratus.

"Setakat ini tiada kes pengundi meragukan," tambah beliau lagi.

Sehingga jam 12 tengahari SPR mencatatkan jumlah 48.93 peratus atau 7,219 pengundi sudahpun keluar menunaikan tanggungjawab.

Tiada ulasan: