Jumaat, 7 Januari 2011

Guru Johor Tolong Kerajaan di Pilihanraya Tenang?

Staff Berita Semasa

guru johor 2 (Video) Guru Johor Tolong Kerajaan di Pilihanraya Tenang?

Kami terus-terang berasa sangat-sangat kecewa apabila melihat video yang kami letakkan di dalam artikel ini. Bagaimana seorang Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang bernama Tuan Haji Markom Bin Giran begitu “terdesak” memecahkan tembok demokrasi di Malaysia dengan merayu guru Johor terutamanya di sekitar Tenang supaya bersama-sama membantu kemenangan bagi calon………………Calon yang mana satu?

Calon daripada Barisan Nasional. Seorang Pengarah Pendidikan Negeri Johor menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Tidak kira samada guru tersebut berkempen untuk Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Mana boleh. Undang-undang telah dibuat, kita langgar dan tendang undang-undang itu semula. Patutkah?

Beginikah seorang yang berjawatan Pengarah Pendidikan Negeri Johor menunjukkan contoh kepada barisan guru negeri Johor terutamanya? Kalau gian sangat nak berpolitik dan berkempen, sila guna cara yang betul. Beliau mesti meletak jawatan terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang politik sepenuhnya, bukannya menyalahgunakan kuasanya sebegini rupa.

Apalah nasib guru negeri Johor dapat Pengarah Pendidikan setaraf begini?

  • Pencalonan ditetapkan pada 22 Januari 2011
  • Pengundian pada 30 Januari 2011 bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu

Sebelum ini Berita Semasa pernah kupas, apabila kerajaan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah gred DG41 hingga DG48 terlibat dalam politik. Adakah Tuan Haji Markom Bin Giran ini tak baca amaran daripada kerajaan supaya guru-guru tidak membawa fahaman politik masing-masing ke dalam bilik darjah, atau buat-buat tak paham?

“Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika ada laporan mengenai perkara tersebut tindakan akan diambil terhadap guru-guru yang terlibat kerana melanggar pekeliling kerajaan”

guru johor (Video) Guru Johor Tolong Kerajaan di Pilihanraya Tenang?

Ini antara butir perkataan Pengarah Pendidikan Negeri Johor semasa berkempen kepada guru Johor bagi Pilihanraya Dun Tenang :

“Kalau tidak ada pilihan raya di DUN Tenang, maka saya tidak akan turun ke bawah atau berjumpa dengan tuan secepat mungkin di awal tahun seperti ini..

Tapi kerana ada pilihan raya, maka saya terpaksa suka tak suka bergerak pantas untuk berjumpa dengan tuan puan, dan membagi mesej kepada tuan puan, dan memohon bantuan daripada tuan puan untuk menggerakkan jentera Jabatan Pelajaran Negeri Johor bagi membantu…suka tak suka saya terus terang, bantu kerajaan untuk memenangi pilihan raya kali ini..

Boleh?..tak kuat la..boleh tak ni??..ok terima kasih..”

P/S : Jadi apa lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin jenguk-jenguklah anak buah anda, apa cerita sekolah-sekolah di Dun Tenang sana. Apa pandangan anda dengan tindakan Tuan Haji Markom Bin Giran, Pengarah Pendidikan Negeri Johor merayu guru Johor supaya membantu kempen kerajaan menang Pilihanraya Tenang?

Tiada ulasan: