Jumaat, 14 Januari 2011

Debat Najib dan Anwar - wajar diteruskan

Aspan Alias

Perbezaan pandangan politik harus dinyatakan didalam pilihanraya sahaja. Masing-masing parti boleh menunjukan semua perbezaan itu untuk memberi kita rakyat yang biasa ini untuk memilih parti mana yang boleh mengisi kehendak dan kemahuan kita. Masing-masing mempunyai keinginan dan aspirasi yang berbeza. Itulah satu ‘attribute’ sebagai manusia. Manusia adalah secantik-cantik kejadian dan manusia itu dijadikan Tuhan untuk mengenali dan menghormati diantara puak-puak dan kaum serta cara hidup mereka.

Didalam politik yang menjadi isu besar dalam masyarakat Malaysia pada hari ini perbezaan diantara yang memerintah dan yang menjadi alternatif sangat jelas. Isu yang terakhir ialah perbezaan diantara pelan transformasi yang diperagakan oleh BN dengan pelan transormasi alternatif yang diunjurkan oleh PR.

Dalam ‘convention’ PR yang diadakan baru-baru ini, PR telah mengunjurkan pelan transformasi alternatif yang hanya memerlukan dana sebanyak RM19.2 billion. Angka ini jauh lebih rendah dari unjuran yang diunjurkan oleh BN. Najib memberikan reaksi yang negatif terhadap unjuran PR itu dan meminta rakyat jangan terpedaya dengan pelan PR itu. Najib terus memberi amaran yang jika PR memerintah dan pelan itu dilaksanakan negara akan menjadi bangkrap.

Anwar terus meminta Najib untuk tampil kehadapan dan mengadakan debat terbuka dihadapan rakyat untuk menunjukan kebenaran dan kelebihan masing-masing. Ramai dikalangan orang ramai memandang alasan Najib yang negara akan bangkrap jika dilaksanakan program dan pelan yang diunjurkan oleh PR itu akan membuatkan negara ini bangkrap sebagai tidak berasas.

Mereka bertanya kepada Najib bagaimana pihak yang membelanjakan RM19.2 billion itu boleh mengbankrapkan negara berbanding dengan pihak yang membelanjakan RM51 billion? Bagi masyarakat yang ‘simple’ Najib memberikan reaksi tanpa meneliti apa yang hendak dikatakan beliau di khalayak ramai.

Anwar begitu ‘persistent’ dengan cabarannya untuk berdebat dengan Najib secara terbuka dan saya merasakan rakyat suka untuk melihat debat ini diadakan untuk melihat dengan mendengar perbezaan diantara kedua belah pihak ini.

Disebaliknya Najib menolak sebarang debat dan beliau berkata beliau tidak peduli dengan persepsi rakyat terhadap beliau dengan penolakkan itu. Hanya Nazri Aziz dan Khairy disebelah BN yang meminta Anwar untuk berdebat dengan mereka dahulu sebelum berdebat dengan Najib.

Kedua-dua belah pihak elok jika diadakan perdebatan kerana rakyat sedang didalam pencarian kearah mana kita nak arahkan negara kita ini. Rakyat mahu tahu yang mana satu yang boleh memperagakan kebolehan masing-masing. Rakyat hendak tahu apa benarkah setiap projek pembangunan itu betul-betul dalam harga yang sebenarnya.

Apabila Najib memperlekehkan pelan yang dianjurkan oleh PR mereka telah mengatakan yang pelan mereka dibantu oleh pakar-pakar ekonomi dan mampu mewujudkan pembangunan yang secara relatifnya lebih murah dan tidak payah membebankan negara dengan membelanjakan wang rakyat yang banyak. Ini semua rakyat hendak tahu dan PR pun mahu menunjukan yang apa tuduhan terhadap ketirisan dialam perbelanjaan wang rakyat oleh BN itu ada benar.

Bagi BN pula kita harus sedia mempertahankan apa yang kita lakukan. Maka Najib sepatutnya menerima cabaran itu. Berdebat secara terbuka bukannya perkara baru didalam sistem demokrasi. DiAmerika dan di UK perdebatan seperti ini adalah perkara biasa dan rakyat akhirnya akan membuat keputusan. Kita jangan lari dari sistem yang biasa dilakukan dalam negara yang ingin menyuburkan demokrasi.

14 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Saya berpendapat bahawa Najib boleh mempertimbangkan cabaran pendebatan daripada Anwar. Tapi semuanya ditentukan oleh Najib sendiri.

Tanpa Nama berkata...

terpulang pada najid samada nk berdebat ataupun tidak. namun kita kena lihat, apakah hasil yang diperolehi daripada debat ini.

Tanpa Nama berkata...

ini terserah kepada PM untuk menerima cabaran Anwar atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

Jika Anwar benar-benar ingin berdebat mengapa Anwar tidak terima saja pelawaan debat oleh Khairy???

nickko berkata...

Janji pilihanraya 2008 belum pun ditunaikan, kini diberikan pula janji 100 hari. bagaimana rakyat mahu mempercayai janji mereka setelah mereka sendiri membuktikan bahawa mereka hanya pandai menabur janji tetapi tidak komited melunaskan janji2 itu..

nickko berkata...

Anwar sepatutnya sedar bahawa Najib sebagai pemimpin negara terikat dengan terlalu banyak komitmen dan beliau tidak akan membuang masa berdebat berkenaan dengan sesuatu isu yang tidak membawa kepentingan kepada rakyat. lebih baik Anwar kurangkan berpolitik dan beri tumpuan kepada masalah2 yang dihadapi oleh rakyat di negeri yang ditadbir oleh PR.

nickko berkata...

Anwar sepatutnya malu bercakap soal ekonomi kerana beliau lah yang bertanggungjawab meruntuhkan ekonomi negara pada 96-98. Setiap isi rumah sengsara atas tindakan dan kebobrokan beliau semasa beliau menjadi menteri kewangan dahulu.

Unknown berkata...

Saya harap Najib mempertimbangkan kembali tawaran Anwar. Tidak perlu takut jika berada di tempat yang benar.

mike berkata...

banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dilakukan selain dari berdebat untuk menunjukkan siapa yang lebih baik..

mike berkata...

namun ianya terpulang kepada empunya badan untuk membuat keputusan..

Bujang Senang berkata...

Itu kita tidak boleh paksa mereka untuk berdebat. Biarkan mereka bersedia dulu dan memberikan keputusan mahu berdebat atau tidak. Lagi pun buang masa sekiranya berdebat, tapi tidak ada apa-apa penyelesainya yang ada. Ini cuma mahu memburukkan keadaan saja.

Paquin berkata...

Terpulanglah pada Najib mahu berdebat ka tak... Tak perlulah panjangkan hal ni lagi.

Paquin berkata...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku dengan isu ni nanti.

Antanum berkata...

Tidak perlu berdebat, adalah lebih baik jika kita berjalan terus kedepan... masa akan terus berlalu dan tidak pernah menunggu kita. Adalah lebih baik jika kita mencari jalan penyelesaian kepada msalah yang semakin hari semakin bertambah.