Sabtu, 15 Januari 2011

Arak: Pemuda PAS Wilayah sokong Hasan Ali

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak.

Naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu.

Dalam hal ini, katanya DPPWP merasa kagum terhadap Hasan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam.

Tambahnya, hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya.

“Tindakan beliau dengan jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik.

“Dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda,” ujarnya.

Ini juga, tambahnya membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan Umno dan Barisan Nasional.

DPPWP juga, katanya menyokong dan mengucapkan tahniah kepada MPSJ kerana mahu melaksanakan larangan ini.

“Penguatkuasaan ini akan mampu mengelakkan umat Islam terjebak dengan maksiat dan dosa kerana bergelumang dengan perkara-perkara yang haram.

“Perkara-perkara haram sebeginilah yang menyebabkan kurangnya keberkatan kepada rezeki yang diperolehi sehingga melahirkan generasi yang rosak akhlak dan akidah,” katanya.

Beliau menambah, DPPWP turut mengharapkan agar Ronnie Liu melaksanakan segera peraturan mengharamkan umat Islam bekerja di premis jualan minuman keras demi kemaslahatan umat Islam.

Menurutnya lagi, umat Islam di Selangor khususnya terlalu lama menginginkan kehidupan yang diberkati, jauh daripada dosa dan perkara-perkara yang haram.

11 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Harap kerajaan akan membuat keputusan yang sewajarnya mengenai hal ini.

Tanpa Nama berkata...

dalam hal ini, ia wajar kerana arak haram bagi umat islam. byk lagi kerja yng lebih baik boleh diceburi oleh umat islam selain bekerja di peremis menjual arak. ini bagi menjaga akidah umat islam.

Tanpa Nama berkata...

memnag wajar jika orang Islam tidak dibenarkan bekerja dipremis yang menjual arak.

nickko berkata...

bagi menyerlahkan lagi pendirian serta seriusnya PAS dalam menangani masalah yang bertentangan dengan ajaran agama Islam ini, saya harap PAS bertindak menutup semua premis perjudian, rumah urut serta pusat2 hiburan di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah..

nickko berkata...

jangan hanya pandai berpolitik dan mendabik dada kononnya Pakatan berbeza dengan kerajaan BN. realitinya negeri2 merekalah yang lebih teruk setelah diumumkan mendapat tempat tertinggi dalam kes buang bayi, maksiat, HIV dan penagih dadah... inilah kesannya jika tidak ikhlas berjuang untuk rakyat dan negara. mereka tidak berminat memahami masalah rakyat sebaliknya lebih berminat mencari masalah dengan pemimpin negara di peringkat nasional.

mike berkata...

ianya memang wajar untuk dikuatkuasakan..

mike berkata...

diharap ianya akan dilaksanakan untuk kebaikan masyarakat islam itu sendiri.

Bujang Senang berkata...

Mungkin benar, larangan itu harus diberikan. Lagi baik jika tempat itu ditutup sekali, lagi baik.

Paquin berkata...

Memang wajar jugalah larangan org islam bekerja di premis menjual arak dikuatkuasakan.

Paquin berkata...

Apapun saya harap hal ni diberi pertimbangan sewajarnya. Jadi kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Antanum berkata...

Hak untuk melakukan apa sahaja semestinya ada. Tetapi jangan lupa kita terikat dengan undang2 dan agama. semestinya muslim tidak dibenarkan bekerja ditempat2 yang menjual barang2 haram.