Khamis, 16 Disember 2010

"Teruskan siasatan MAS ekoran penemuan petunjuk baru" – Salahuddin

FREE MALAYSIA TODAY

salahuddin-ayubPARLIMEN KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan untuk membongkar dalang di sebalik kerugian RM8 bilion MAS ketika di bawah Pengerusinya Tan Sri Tajuddin Ramli.

Beliau yang juga ahli parlimen Bachok gembira apabila dihubungi oleh SPRM bahawa suruhanjaya itu menemui petunjuk baru dalam siasatan kes tersebut.

“Kes ini telah saya perjuangkan sejak tahun lalu termasuk membangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat. Saya juga menulis surat kepada

MAS, polis dan SPRM sehingga ada yang berkata usaha saya akan menjadi sia-sia.

“Tetapi saya terus menimbulkan isu ini kerana bagi saya kes kerugian MAS ini adalah yang kedua terbesar selepas PKFZ, “ katanya dalam sidang akhbar di lobi parlimen petang ini.

Bagaimanapun, Salahuddin tidak mendedahkan petunjuk baru yang ditemui SPRM.

Petunjuk baru

Menurutnya, SPRM perlu meneruskan siasatan dan bukan terhenti setakat menemui petunjuk baru.

“SPRM telah ada petunjuk baru, ini merupakan berita gembira ke arah mendedahkan penyelewengan dan slah guna kuasa ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu,“ tambahnya.

Tiada ulasan: