Sabtu, 18 Disember 2010

SKANDAL PELUAMAS, UMNO SABAH LESAPKAN RM3 JUTA?

Oleh: RAMLI MOHD ZAIN

PEMIMPIN UMNO Sabah digesa membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka tidak bersubahat menyembunyikan penipuan dan rasuah yang dilakukan oleh ‘Orang Tengah’ atau Juru Perunding Yayasan Sabah, Michael Chia Thien Foh sehingga mencemarkan nama baik UMNO Sabah.

Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul ketika menghubungi Krew Sabahkini.net di Semporna berkata beliau memandang berat pendedahan seorang saksi di Mahkamah Sandakan bahawa Michael Chia meminta Datuk Agus Hassan Tan memenuhi tiga syarat ‘palsu’ sebelum diberikan surat kelulusan mobilasisi jentera ke dalam kawasan konsesi pembalakan.

“Saya tidak nampak kerana pemimpin UMNO Sabah termasuk Ketua Perhubungan UMNO Sabah begitu bacul sehingga enggan membuat laporan polis dan SPRM walaupun mengetahui bahawa Michael Chia telah mencemarkan nama baik UMNO Sabah dengan merompak kontraktor yang mendapat konsesi secara sah,” ujar Azizul yang menegaskan kes ini hanya contoh nyata betapa mudahnya penjenayah kolar putih melakukan jenayah di pejabat atau GLC kerajaan tanpa sebarang kekangan.

Menurut Azizul, beliau tidak berniat untuk mahu mengganggu atau melakukan subjudis kepada proses perbicaraan yang sedang berjalan di Mahkamah Sandakan, namun UMNO Sabah harus peka dengan keluhan rakyat bahawa ‘Rasuah’ punca kemiskinan di Sabah, terutama syarikat konsesi terbabit kerugian lebih RM20 juta kerana mereka tidak mahu memenuhi syarat yang ditetapkan ‘Orang Luar’ yang begitu berpengaruh di Yayasan Sabah.

Sebelum ini, kata Azizul, Skandal Bangunan UMNO belum selesai dan kini ditambah dengan ‘Skandal Derma RM3 juta’ daripada Peluamas Sdn.Bhd tidak ditangani secara bijaksana, ramai ahli UMNO akan meninggalkan UMNO sebelum BN karam pada pilihanraya umum akan datang.

“Jika pemimpin UMNO Sabah sudah tidak lagi bermaruah, maka saya sendiri terpaksa membuat laporan polis dan SPRM agar nama baik UMNO Sabah dibersihkan dan mendesak hukuman berat dikenakan ke atas Michael Chia dan mereka yang bersubahat dengannya,” ujar Azizul yang memberi notis 24 jam kepada pemimpin UMNO untuk membuat laporan polis.

Dalam perbicaraan sebelum ini, saksi yang dihantar oleh UMNO Sabah, Datuk Kadzim Yahya menafikan UMNO ada menerima sebarang derma daripada Peluamas Sdn.Bhd dan kata Azizul, ahli UMNO ingin tahu ke mana wang berkenaan direkodkan dan kenapa tidak diserahkan kepada Bendahari UMNO Sabah atau pemegang amanah yang dilantik; sehingga menimbulkan keresahan di kalangan ramai ahli UMNO, termasuk beliau sendiri.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

We should wait for MACC to investigate this issue. They cannot simply arrest people without substantial proof.

zam berkata...

biarlah SPRM melakukan apa yang patut dalam pekara ini.

zam berkata...

harap pekara ini dapat diselesaikan. kebenaran pasti akan diketahui juga nanti.

Tanpa Nama berkata...

kes yang melibatkan michael Chia kini masih dalam siasatan.

Tanpa Nama berkata...

jika pemimpin umno tidak memberi respon kepada notis yang diserahkan, Azizul sendiri boleh membuat laporan tanpa perlu mendedahkan serta memburuk2kan parti yang diwakilinya sendiri.

Hosie Masie berkata...

Katakan tidak kepada rasuah..harap masalah rasuah dapat ditangani dinegeri kita ini.

Bhatera berkata...

Masalah micheal chia ini satu masalah besar yang telah memalukan nama UMNO Sabah. oleh itu umno sabah perlu mencari penyelesaian bagi membersihkan nama mereka yang tercalar disebabkan oleh micheal chia.

Bhatera berkata...

Kita tunggu siasatan dari SPRM. Apa keputusan yang akan diterima dari siasatan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

selesaikan kes ini, jgn biarkan kes ini mencemarkan nama baik UMNO Sabah.

mike berkata...

rasuah harus dibanteras...rasuah merupakan musuh negara..

mike berkata...

mana2 pihak yang terlibat dalam memberi atau menerima rasuah harus dikenakan hukuman yang setimpal..

mike berkata...

Azizul Sanarul tidka perlu bermain-main politik lagi..jika beliau rasa perlu dilakukan, maka beliau harus membuat laporan kepada pihak berkuasa tanpa perlu membuang masa..

mike berkata...

diharap SPRM akan membuat siasatan dengan telus dan amanah terhadap mana2 kes yang melibatkan golongan elit..tiada yang harus dikecualikan..

Jason berkata...

It is because of Micheal Chia, UMNO's reputation deteriorate.

Jason berkata...

Hopefully the MACC will be able to solve this high profile case. Immediately arrest those who are involve taken that there is strong evidence that person is involved.

Anak Sabah berkata...

Sayra rasa Michael Chia ini sengaja mengaitkan diri dengan KM untuk melepaskan diri daripada tuduhan.

Anak Sabah berkata...

Tidak kira bagaimanapun, kes ini patut disiasat oleh SPRM.

Mohd Ishak berkata...

Hal ini perlu disiasat dahulu untuk membuktikan kesahihan tuduhan ini.

Mohd Ishak berkata...

Baik kita tunggulah keputusan siasatan dahulu.

kb girl berkata...

Siasat, siasat, siasat. Sampai kes ini tidak lagi meresahkan. Sampai yang berkenaan dicekup ke mahkamah.

Unknown berkata...

Tunggulah keputusan dari perbicaraan kes ini.

Unknown berkata...

Belum jelas lagi mana derma ini. Manalah tahu tiada derma.

Unknown berkata...

Terlalu awal mengatakan UMNO melesapkan RM 3juta.

Antanum berkata...

Berkaitan dengan kes Micheal Chia, ramai yang berpendapat bahawa beliau hanya menggunakan nama KM untuk cuba melepaskan diri dari tuduhan itu. Saya rasa beliau tidak akan terlepas dari hukuman. Berkaitan dengan skandal peluamas, diharap akan ada yang tampil untuk menjelaskan semuanya.

Unknown berkata...

Senang menuduh orang melesapkan wang.
Susah kalau hendak disiasat.

captain berkata...

Apakah skandal ini sekadar skandal? Jika ada dokumen, gambar atau rekod suara, lagi bagus.