Alias Mat |
Saya menyokong Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Ini disebabkan rakyat seperti saya sering teraniaya dengan saman ekor. Anggota polis sering menunggu di kawasan 60 km/j untuk memerangkap kami. Yang kami persoalkan ialah cara pegawai polis menyaman kami. Semua sudah maklum iaitu pegawai akan bersembunyi di sebalik pokok dan lain-lain supaya kehadiran polis tidak disedari. Kaedah ini sama macam peragut yang menunggu mangsanya leka atau cuai untuk meraih keuntungan. Kerajaan berjaya mengaut wang saman berjuta-juta. Namun keadaan jalan raya di Malaysia terutama di jalan persekutuan dan negeri tak banyak berubah sejak 10 tahun dahulu. Saya sering berulang-alik dari Teluk Intan ke Kampar, Perak. Keadaan jalan seperti 16 tahun dulu juga tiada perubahan pun. Ke mana wang saman disalurkan? Harap KASE berjuang untuk rakyat dan kebenaran. |
Khamis, 23 Disember 2010
Saman ekor macam peragut tunggu mangsa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
menyorok,"shoot",masuk dalam rekod komputer, lepas tangan. mana ada notis 170A? atau notis lain. akhir tahun BA hantar surat ugutan--anda ada beberapa saman tafik tertunggak. sila jelaskan denda, jika tidak anda akan disenaraihitamkan. denda terkumpul boleh cecah ribu ringgit. Kena senaihitam pulak... Adakah ini adil dan bukan perasugut?
Tujuan asal untuk keselamatan jalan raya, tapi dah jadi peras ugut pulak. jadi, pihak yg berwajib jangan lah ego. hapuskanlah cara "saman ekor" ini kerana ia bukan saja tidak berkesan untuk capai matlamat asal, bahkan dah jadi satu cara menindas rakyat yang rata rata adalah dari kalangan pengundi atau yang layak mengundi. Pikir pikir lah...
Catat Ulasan