Khamis, 16 Disember 2010

Pengasas Umno Sabah, Karim Ghani sertai PKR

MALAYSIA KINI

Bekas pemimpin Umno Sabah yang juga individu yang bertanggungjawab membawa parti dari Semenanjung ke negeri itu, Datuk Karim Ghani secara rasmi menyertai PKR.

"Saya rasa berbesar hati kerana PKR menerima saya," kata Karim yang sebelum ini pernah bersama Parti Bersatu Kebangsaan Sabah (Usno).

NONE"Saya telah serahkan borang permohonan terus ke ibupejabat PKR."

Menurutnya, beliau sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan beberapa lagi pemimpin cabang di Sabah.

Ketika ditanya tentang alasan menyertai PKR, beliau berkata alasannya sama apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Umno Sabah.

"Pakatan telah berjanji akan mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak dan berjanji akan menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada kedua-dua negeri ini," kata Karim.

"Ini sama seperti yang saya nyatakan dalam surat perletakkan jawatan kepada Umno Sabah.

"Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban'," perlinya.

Karim berkata, janji bahawa autonomi Sabah akan dihormati akan membantu ahli Usno bangkit menentang Parti Bersatu Sabah (PBS).

30 ulasan:

mantra berkata...

itu adalah pilihannya untuk sertai PKR.

zam berkata...

terserah kepada Karim untuk menentukan halatuju beliau sendiri.

zam berkata...

karim berkata "Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban',"

bukankah Karim juga individu yang bertanggungjawab membawa UMNO masuk ke Sabah??? jadi karim tidak perlulah menyalahkan UMNO atas apa yang berlaku. salahkan lah diri sendiri.

onong berkata...

Ini bukan satu berita mengejutkan.

wake berkata...

Let him choose the best thing for himself.

Anak Sabah berkata...

Sudah lah, kalau sudah tiada hati untuk berjuang dalam UMNO, tak guna juga mengekalkannya. Baik kalau dia jalan saja.

Anak Sabah berkata...

Ahli yang suka melompat sini sana bukan dia satu orang saja. Dah biasa tengok perkara seperti ini. Biarkan mereka.

Tanpa Nama berkata...

sedarkah Datuk Karim PKR semakin rapuh setelah berhadapan dengan pelbagai isu2 kritikal.. samalah seperti Karim menaiki sebuah kapal bocor yang bila2 masa akan tenggelam. sebelum benci dengan umno tanya dulu diri sendiri siapa yang bawa masuk umno...

Tanpa Nama berkata...

lebih baik Datuk Karim bersara sahaja dari politik kerana mengharapkan Pakatan untuk mengembalikan autonomi untuk Sabah dan Sarawak serta 20% royalti minyak tidak akan terlaksana sampai bila2. mampukah Pakatan melakukannya sedangkan negeri2 Pakatan tidakpun memiliki autonomi serta 20% royalti minyak??? Datuk Karim sudah terlalu tua untuk membuat pertimbangan yang wajar dan waras, jadi bersaralah dari bidang politik...

Hamdan Hadillah berkata...

Itu pilihan beliau untuk serta dengan mana-mana parti. Tidak ada halangan untuk ikut PKR.

Tanpa Nama berkata...

semasa berjuang bersama2 umno tidak pula Datuk Karim berusaha mengembalikan autonomi dan royalti minyak kepada Sabah. atau mungkin Datuk Karim hanya mahu kuasanya dikembalikan... jika semasa dalam umno Datuk Karim ibarat seperti duduk di tepi jamban, dalam PKR pula umpama duduk di kapal bocor..

Sanih Alias berkata...

Mungkin Karim Ghani tidak kuat semangat dalam parti BN. Oleh sebab itu beliau keluar dari UMNO. Sepatutnya sebagai seorang veteran seharusnya memberikan nasihat kepada parti dan bukan bertindak keluar parti.

Velove berkata...

UMNO tidak akan kurang kakitangan, jangan risau.

chimchim berkata...

I bet he's tired of all controversies happening around.

wake berkata...

Wish you the best, Karim.

Hosie Masie berkata...

not to be same with JK..

Gopuk berkata...

Semua pilihan berada ditangan beliau dan adalah menjadi hal beliau untuk keluar dan menyertai parti lain..

mandau berkata...

hal ini mmg sudah dijangka. harap pilihannya itu benar2 tepat.

Unknown berkata...

Inilah yang dikatakan, makan muntah sendiri.

mike berkata...

PR hanya cakap (berjanji)..belum tentu ianya akan benar2 ditunaikan..sesiapa pun boleh berjanji sedemikian..

mike berkata...

"Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban'," perlinya.

apakah PR akan beri kedudukan yang tinggi dan berkuasa kepada karim? nampaknya karim ghani merajuk dengan UMNO kerana beliau yang merupakan antara pengasas UMNO sabah merasa dipinggirkan..

mike berkata...

mungkin karim ghani patut bersara terus dari dunia politik..kemungkinan 'haluan' politik karim sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan dengan perkembangan semasa..

mike berkata...

"...Karim berkata, janji bahawa autonomi Sabah akan dihormati akan membantu ahli Usno bangkit menentang Parti Bersatu Sabah (PBS)."

nampaknya dendam lama masih kesumat..karim nampaknya ada alasan peribadi dengan penyertaan beliau sebagai ahli PKR..

mike berkata...

apakah PKR bertindak bijak dengan menerima karim ghani sebagai ahli PKR? kita lihat perkembangannya nanti..apa yang PKR akan lakukan kepada karim ghani?

Paquin berkata...

Politik bah tu..

Paquin berkata...

Tapi bg saya terserah lah pada Karim utk tentukan apa yang dia mahu buat..

Paquin berkata...

Ya onong. Memang bukan berita yang mengejutkan sebab politik memang penuh dengan kejutan. hihihi

Paquin berkata...

hahahhaha, ya kan Velove. Si karim keluar sekalipun takkan ada kesan pada umno juga :P

Paquin berkata...

Apapun, hidup harus diteruskan... Selebihnya kita tunggu & lihat sajala nanti.

dave berkata...

Karim sudah tua & khidmatnya sudah tidak lagi relevant di dalam umno...selain itu, pengaruh serta sokongan terhadapnya jg, kalau bukan tiada, sudah berkurangan...so, satu2nya jalan utk kembali ke arena politik adalah dgn masuk parti pembangkang.

Parti pembangkang ni, kalau monyet pun diorang terima jg...