Jumaat, 17 Disember 2010

Kerajaan Sarawak harap dapat kesan lebih ramai penduduk miskin

BERNAMA

PAKAN — Kerajaan negeri berharap untuk mengesan lebih ramai penduduk miskin di Sarawak yang memerlukan bantuan tetapi nama mereka tidak termasuk dalam senarai e-kasih atau 1 Azam.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi negeri Datuk Seri William Mawan Ikom berkata pada masa ini terdapat 12,592 warga tua yang mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Ia melibatkan peruntukan kerajaan kira-kira RM3.8 juta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas melancarkan pusat bantuan Pekan, sebuah pusat pemulihan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Beliau kemudian merasmikan seminar sehari untuk pemimpin masyarakat mengenai cara untuk membantu golongan miskin.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri berharap kerajaan pusat dapat membina sebuah kompleks di Sarikei bagi menempatkan peminta sedekah dan kutu rayau di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

26 ulasan:

mantra berkata...

golongna miskin perlu dikesan agar bantuan dpt diberikan kepada mereka.

zam berkata...

usaha untuk membantu penduduk miskin perlu dilakukan bagi membolehkan mereka keluar daripada kemiskinan.

zam berkata...

harap usaha untuk membasmi kemiskinan akan memberikan hasil yang positif.

Hamdan Hadillah berkata...

Semoga kemiskinan ini akan dapat ditangani diseluruh negeri di Malaysia.

Sanih Alias berkata...

Golongan miskin haruslah dibantu, dan sekaligus untuk mengurangkan kadar kemiskinan sesebuah negara.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan kerajaan Sabah dan Sarawak akan berusaha mengesan penduduk yang memerlukan bantuan supaya tiada yang tersisih.

Anak Sabah berkata...

Harap kerajaan juga akan berusaha membantu penduduk miskin ini.

Hamdan Hadillah berkata...

Sekiranya kerajaan Sarawak benar-benar dan bersungguh-sungguh untuk menangani masalah kemiskinan ini tidak mustahil perkara ini akan terlaksana. Semoga kemiskinan ini dapat ditangani.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan negeri juga perlu memastikan hanya penduduk yang benar2 layak sahaja mendapat bantuan itu..

Tanpa Nama berkata...

pemberian elaun bulanan masih perlu diperhalusi supaya bantuan itu dapat disalurkan tepat kepada sasaran. apa yang berlaku di Sabah baru2 ini dimana terdapat penduduk yang berkemampuan mendapat bantuan itu sedangkan penduduk yang benar2 memerlukan tidak pula tersenarai. masalah ini tidak patut berlaku dan mesti diatasi.

Gopuk berkata...

Kesan penduduk miskin dan seterusnya guide mereka untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Namun usaha dari mereka juga amatlah diperlukan.

Jason berkata...

Rakyat Sarawak juga harus bekerjasama dengan melaporkan kepada kerajaan jika terjumpa kawasan penduduk miskin.

Jason berkata...

semoga kerajaan berjaya mengesan lagi ramai penduduk miskin untuk membasmi kemiskinan di Sarawak.

mandau berkata...

penduduk miskin mmg patut dibantu, tp lebih baik jia bentuk bantuan yang diberikan membari faedah kepada penduduk dalam jangka masa panjang. penduduk miskin juga jgnlah terlalu harapkan bantuan, cari alternatif untuk memperbaiki taraf hidup.

Unknown berkata...

Perlu dipastikan siapa yang benar-benar layak menerima bantuan. Gariskan juga garis panduan yang masuk akal.

mike berkata...

untuk mengesan lebih ramai penduduk miskin yang memerlukan bantuan maka kerjasama dari semua lapisan masyarakat perlu ada..tanpa kerjasama yang jitu maka lebih ramai penduduk miskin akan terpeinggir dari program 1Azam ini..

mike berkata...

selain itu, sistem penyampaian maklumat haruslah diperbaiki dan dipertingkatkan..tiada gunanya jika maklumat2 mengenai program 1Azam ini tidak sampai ke pengetahuan rakyat khasnya di kawasan2 pedalaman dan terpencil..harus diingat bahawa bukan semua rakyat memiliki TV, internet, telefon, dan tahu membaca..golongan inilah yang harus dikesan dan didekati serta dibimbing..

mike berkata...

di samping itu, para pemimpin khususnya wakil2 rakyat harus sensitif, peka dan sentiasa turun padang mendekati rakyat bagi mendengar, melihat, merasai dan memahami akan keperluan2 yang diperlukan untuk kehidupan yang lebih sejahtera..jangan hanya mengharapkan kepada laporan2 yang dibuat kerana dengan membaca sahaja laporan itu tidak mencukupi untuk memahami kehendak rakyat.

mike berkata...

diharap akan ada lebih banyak kaedah2 yang boleh digunakan dan berkesan untuk membasmi kemiskinan..langkah2 yang digunapakai sekarang bukan tidak baik cuma kurang berkesan untuk memastikan rakyat yang dibantu kembali miskin..

mike berkata...

namun, pihak berkenaan haruslah memastikan bahawa mereka yang tersenarai adalah benar2 layak untuk mendapatkan bantuan dalam program 1Azam ini..semakan dan pemantauan harus dilakukan oleh pihak2 berwajib agar dapat dicegah mereka2 yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan..penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa harus dielakkan bagi memastikan program 1Azam ini mencapai matlamatnya..

mike berkata...

apa pun, selamat maju jaya kepada kerajaan sarawak..dahulukan rakyat dan utamakan pencapaian..

Paquin berkata...

Golongan miskin harus dikesan dan dibantu bg mengurangkan bebanan hidup mereka.

Paquin berkata...

Ya zam. Bantuan tehadap golongan miskin harus dihulurkan supaya mereka boleh keluar daripada kemiskinan.

Paquin berkata...

Setuju Rodger. Asalkan ada keinginan dan usaha pasti kemiskinan dapat diatasi.

Paquin berkata...

Saya harap agar kerajaan Sarawak dan Sabah dapat mengurang kada kemiskinan negeri masing2.

Paquin berkata...

Pastikan bajet disalurkan kpd golongan yang memerlukan supaya perancangan berjalan lancar.