Isnin, 13 Disember 2010

Kemelut Air: Kerajaan Pusat usah berlengah dalam membuat keputusan

SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan digesa tidak melengah-lengahkan usaha menyelesakan kemelut air yang membabitkan Syabas dan syarikat konsesi lain demi memastikan rakyat Selangor diberikan hak untuk menikmati air pada harga yang berpatutan.

Khalid ketika menjawab soalan pemberita

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan memberikan semula tawaran untuk mengambil alih aset empat syarikat konsesi itu pada harga enam bilion ringgit.

Kini terpulang kepada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan tidak ada pihak yang berlengah untuk mengembalikan hak mengurus air kepada rakyat Selangor.

“Selesai atau tidak, rakyat sudah tahu, jadi bererti rakyat akan memantau sama ada keikhlasan Kerajaan Persekutuan untuk menentukan penyelesaian air ini memberi manfaat kepada rakyat.

“Jadi pada kita, lagi lama Kerajaan Persekutuan ini membuat keputusan, lagi banyak kemarahan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Tan sri Khalid berkata demikian pada majlis jamuan sempena perhimpuan rakyat menyerahkan Memorandum Bantah Kenaikan Air.

Lima belas ribu orang menyertai perhimpunan itu yang menyaksikan polis melepakskan gas pemedih mata dan pancutan air ke atas ribuan rakyat Selangor yang berhimpuan secara aman.

Meskipun provokasi polis itu, Tan Sri Khalid berjaya menyampaikan memorandum yang ditandatangani oleh 150,000 orang kepada wakil yang di Pertuan Agong.

Sebahagian peserta yang hadir pada majlis tersebut

“Terima kasih dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di rumah Menteri Besar ini… semua ini adalah hasil perjuangan reformasi yang bersungguh-sungguh,” katanya.

Kerajaan Selangor kini sedang menyediakan dokumen tawaran untuk mengambil alih asset empat syarikat konsesi air di negeri ini.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri mengemukakan harga tawaran yang munasabah bagi membeli keempat-empat syarikat konsesi air terbabit.

Tiada ulasan: